Pages

Friday, February 17, 2012

Menyulam kasih second version... :-)

Assalamualaikum...

Menyulam kasih second version... :-)

Aku agak sibuk sekarang ni. Nak kata banyak sangat dapat tempahan tu, takde la jugak. Tapi adalah sikit-sikit dan ianya berterusan. Berterusan tu maksud dia, bila dah siap je menjahit baju kastemer yang ini, ada pulak kastemer lain yang hantar kain. Kadang-kadang tu kastemer yang sama yang hantar lagi.. Syukur alhamdulillah. Terima kasih pada mereka yang masih percayakan aku. Aku anggap ini rezeki yang Allah berikan atas kesabaran dan sikap berdiam diri aku selama ini.. :-)




Tapi, nak mengadap kain baju sepanjang masapun agak jemu jugak. Bukan nak kata jemu dengan apa yang dikerjakan, namun ianya lebih kepada sakit pinggang sebab kerap duduk dan bangun ulang-alik. Kalau pergi KL, dah sampai Gombak dah kot... hehe...

Oleh itu, aku kena pandai curi-curi masa untuk menghilangkan rasa jemu tu. Antaranya sudah tentulah tengok tv, kan.. Aku dan tv memang tak boleh dipisahkan.. huhuhu.. Sebab tu kalau takde cerita yang menarik minat aku, memang aku bosan ya amat sampaikan takde semangat nak buat kerja. Kadang-kadang tu bukannya aku tengok sangat cerita kat tv tu.. Aku cuma tengok bila rasa macam ada yang best je kat dalam tv tu, macam ada bunyi tembak-tembak ke (kalau citer aksi laa...) dan sebagainya. Selebihnya, tv tu terpasang macam tu je.. Sebenarnya aku tak nak la ada rasa sunyi sangat. Tu yang pasang tv tu.. Kalau sunyi-sunyi ni nanti mata aku laju je pandang bantal.. Mula la nak membuta je.. huhuhu...

Unbeatable Banzuke..
Aku suka tengok rancangan ni yang disiarkan kat TV3.. 
Salute dengan kreativi dan semangat juang dorang...

Sambil-sambil tu, aku selang-selikan menjahit dengan sessi menyulam kasih.. Bila jemu mengadap mesin jahit, aku mengadap pulak kekasih baru aku tu.. kihkihkih... Bukan apa, sayang pulak tengok tudung saji tu terbiar macam tu je kat luar rumah.. Jadi, apalah salahnya korbankan sedikit duit untuk beli riben dan mulakan menyulam. Ada jugak faedahnya, ya tak... Lagi besar manafaatnya sebab lalat tak lepas nak masuk.. Tak tau la kalau ada orang yang suka benda yang dah dihinggap lalat ni.. :-)

Tudung saji saiz kecil... Riben purple tu nampak macam biru la pulak... haha...

Bahagian bawah tu aku lekatkan riben guna dauble-side tape je.. Sonang bai... ehehh...

Bahagian dalam.. Takde guna gam langsung... Main selit-selit je... Mula-mula tu main simpul.. Lepas tu, rasa macam banyak sangat guna riben, tu yang main selit je tu.. Save budget maaa... ;)


Lepas tu, bila dah takde kerja nak buat.. Ehh, bukan takde kerja nak buat... Banyak kerja sebenarnya.... hikk...

Bila dah letih mengadap semua tu, aku pergi la pulak menempek inai.. Tak pernah pakai inai Mekah ni.. Ni baru nak cuba.. Selalunya tengok anak-anak buah yang kecik-kecik tu yang pakai. Kalau aku tengok dorang pakai inai ni, terus aku cakap kat dorang, dah nak kawen sangat dah ke..? Pastu mula la masing-masing menjawab dengan tersipu-sipu malu: Mana ada... Apa la indok ni... Orang saje je pakai inai ni... kehkehkeh...

Jari orang tua.. Kecut je... *harus sedar diri.. ;)
Sebenarnya bagus pakai inai ni sebab boleh menguatkan kuku dan juga boleh melindungi kecacatan kuku tersebut...


p/s: Whatever makes you feel bad, leave it. Whatever makes you smile, keep it... \^.^/

2 comments:

  1. wah....banyaknye kamahiran...salute arr..

    ReplyDelete
  2. Angah>

    Angah lagi la banyak kemahiran.. Cuma tak nak tunjuk je.. kann...

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^