Pages

Friday, April 27, 2012

Batu yang berguna dan tidak berguna...

Assalamualaikum...

Batu yang berguna dan tidak berguna...

Ini adalah antara batu-batu yang menjadi pilihan kita.. Sebenarnya tak larat nak mencari.. Banyak sangat.. Cukuplah sekadar apa yang dapat dirembat... :D

Ada di antara batu-batu ni memang amat diperlukan. Terdapat juga batu yang langsung tidak perlu ada dalam kehidupan kita namun sebaliknya batu itulah yang menjadi pilihan paling teratas.. ehehh....


Lesung batu.. Tak kenal..? Mehh nak baling dengan anak lesung tu.. Cepat lari.. ahahaha...


Batu Caves.. Siapa larat, sila panjat tangga itu.. Aku angkat bendera putih dulu.. huhu...


Batu kerikil... kott... Main agak je ni.. hikk...


Batu giling.. Orang Negeri Sembilan panggil tongkalan. Siapa yang pandai menggiling memang menjadi buruan untuk dijadikan menantu.. Tak gitu..? 


Batu loncatan... Salah loncat, habis semua terangkat dan tersingkap... uiisshhh...


Batu bata merah... Kalau ada yang pecah tu jangan dibuang.. Masukkan dalam pasu orkid bersama arang.. ;p


Batu sungai...(ye ke..?). Kalau tumit pecah, boleh la tenyeh tumit tu dengan batu ni.. Sambil mandi, sambil menenyeh tumit.. Jimat duit nak beli losyen.. hahaha...


Haaa..., batu yang ni memang ramai yang suka... Ke sana-sini diusungnya batu ni.. Senang nak buat kerja, katanya... Kat chatroom, kat toilet, kat atas pokokpun boleh buat kerja... Batu yang langsung tak berguna... Paaanngggg.....!!!


p/s: Kadang-kadang kitapun boleh menjadi batu api tanpa kita sedari.. haiishhh... Bila la nak sedar ni... Asyik tak sedar manjang...

8 comments:

  1. baling batu sembunyi tangan...pun bboleh masuk kan kategori batu ni...he he he...jadi batu api sekejap

    ReplyDelete
  2. dalam banyak2 batu ni, batu je yg x berguna kan. terbukti yang manusia akan jadi lebih teruk dari batu kalau perangai suka batu apai. heheh!

    ReplyDelete
  3. Ummiarissa>

    Memang nak masukkan tapi tak jumpa la pulak gambar yang sesuai.. Malas nak cari lama2.. haha...

    ReplyDelete
  4. gadisBunga>

    Memang typo je semua ni.. Pembetulan pun typo jugak tu... hehehe...

    ReplyDelete
  5. gadisBunga>

    Takpe, walaupun typo, akak masih boleh faham apa yang cuba GB sampaikan.. :)

    ReplyDelete
  6. Munira Hanis>

    Berguna pada orang yang memerlukannya.. :D

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^