Pages

Thursday, April 26, 2012

Main pilih-pilih...

Assalamualaikum...

Main pilih-pilih...

Yang jauh diundang..
Yang dekat tidak dipandang.. 

Tinggal setaman..
Rumah berhampiran..
Kiranya berjiran la jugak..
Tapi tidak diundang untuk ke majlis kesyukuran yang dianjurkan..

Jiran yang jauh berduyun-duyun datang..
Jiran yang dekat hanya memandang..
Sementelah untuk ke rumahnya harus melalui jalan di depan rumah orang yang tidak diundang tadi...

Jika kita sebagai jiran itu...
Perlukah kita merasa kecil hati...?
Wajarkah kita merasa terkilan...?
Mestikah kita bermain dengan perasaan...? (Apsal dia tak ajak aku ehh..??)
Ataupun, wa tatak helan maaaa..!!!



Pilih yang mana satu bersesuaian...
Asalkan ikhlas memberi jawapan...
Jangan berdolak-dalik ya... ehehh...

Resam dunia... Apa nak dihairankan.. 
Enggang dan pipit masih terbang berasingan.. :-)


p/s: Di dunia ni boleh la main pilih-pilih.. Di sana nanti...??

6 comments:

  1. Wow, kalau jiran sebelah tidak diundang...susah tu...kita hendak lalu pun rasa malu.

    Tapi, itulah dunia.

    ReplyDelete
  2. huhu..
    teringat dulu makcik pernah citer jiran sebelah dia China ada buat open house tp x jemput diorang.. bila ditanya, orang China tu cakap,

    "u all makan babi ke?"

    ReplyDelete
  3. Salam..cewahh, kakazz berpantun,hik3

    Urm..terasa kecil hati juga kalau itu terjadi.. urm, tpi, bergntg pada situasi..

    Ambil contoh ni,
    a)kita punya keluarga yg besar. Dan satu hari,jiran kita buat majlis,kenduri. Dia jemput salah sorg ahli dlm keluarga besar kita. Dengan harapan dan niat, jemputannya pada sorg tu mewakili semua keluarga tdi. Tapi kita plak, pk sebaliknya, dia jemput ahli keluarga tdi. Sdgkn niatnya menjemput scra mewakili.

    b)Jiran kita buat kenduri. Dia mungkin pk sejuta kali, nk jemput ke tidak, memikirkan kesusahan/kesukaran yg kita alami, dia tak jadi. Mungkin dia cuba memahami situasi kita, jdi dia bt kesimpulan sndri..

    Apapun, hidup berjiran, kena ada ketulusan. Kalau rasa tak puas hati apa, kena bercakap. Jangan pendam, anggap mereka sebahagian dari keluarga, lagi2 yg sblh rumah sja.

    Kdg2, gara2 terlalu bnyk tekaan, anggapan, kesimpulan yg kita buat sndiri, hasilnya mengundang derita dihati.. setiap perkra ada jln penyelesaiannya, kena kerap berkomunikasi.

    Kita pun ad penglmn akak, bru je lgi. Jiran dikampung. Tapi, pakcik, selaku anak yg sulung, dia menasihati keluarga besar kami, supaya tidak berpikir buruk. Bukn pa kak, kdg2 org yg bt kenduri ni, bnyk benda dia nk pikir,smpai terlupa nak jmpt jirn sndri. Dia ingt da jmpt, rupanya tak bt lagi.

    Macam tak logik? logik. Buat kenduri, majlis, bnyk perkra nk pkir.hehehe

    Maaf, terpnjg plak. pandangan lana je ni,hehehe

    ReplyDelete
  4. Mutallif>

    Memang ada yang macam tu kan.. Boleh pulak lupa kat jiran sebelah rumah.. Sabo je laa...

    ReplyDelete
  5. Kyo_9>

    Laaa.. Kalau jiran tu bangsa asing, tak kisah la kalau tak undang pun.. Kalau undang, nak ke pergi sedangkan kita tau apa yang dorang tu makan..

    Tapi kan, ada jiran india akak ni baik sangat.. Kalau taim deepavali, siap bagi maruku bagai kat kitorang.. Lepas tu, kalau masak kari, dia suruh orang Melayu kita yang sembelihkan ayam tu.. Dorang faham dan tau apa yang kita tak boleh makan..

    Tapi uncle tu dah passed away... huhu..

    ReplyDelete
  6. Tinta Lana>

    Waalaikumussalam Lana..

    Selalunya kalau kenduri kawen memang jiran akan jemput semua datang.. Siap pesan lagi tu, kalau ada anak2 yang balik, ajak dorang pergi makan kenduri tu..

    Memang terasa hati jugak kalau semua jiran berdekatan dijemput tapi kita dipinggirkan.. Tertanya2 jugak kenapa, ya tak..? Bukan kita je yang tertanya2, malahan mungkin jiran2 yang lain akan turut tertanya2 jugak.. Tak pasal2 timbul satu persoalan di situ... huhu..

    Alahaii.. Kalau pergi kenduri pun, setakat mana la yang kita boleh makan.. Kadang2 pergi kenduri tu sekadar nak memeriahkan majlis je.. Kalau akak, dah siap makan kat rumah dulu dah.. Jadi masa kat kenduri tu makan sekadar merasa je..

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^