Pages

Friday, April 20, 2012

Indah khabar dari rupa..

Assalamualaikum...

Indah khabar dari rupa..

Beria-ia dia berkata, seronoknya jumpa kawan-kawan lama dalam fesbuk ni..
Tak sangka dapat jumpa korang balik..
Betul-betul tak sangka...

Dan dia berkata lagi, kalau terserempak dengan aku tu, tegur-tegur la ya..
Aku ni kadang-kadang tak  perasan..
Bukannya aku sombong..
Nak sombong apanya, kita ni semuanya sama je..

Itu semua di alam siber..
Ramai kawan yang boleh baca dan nampak situasi sebegitu...
Namun hakikatnya amat berbeza sekali..

Di alam realiti, bila terserempak, dia buat-buat tak nampak..
Dari jauh dia dah palingkan muka..
Yang kita ni percaya la akan kata-katanya di fesbuk tu..
Niat hati ingin menegur..
Setidak-tidaknya bertanya khabar secara berdepan..
Bukan sekadar di muka buku..

Namun, apa yang kita dapat..?
Takde apa-apa..
Kita dari jauh sudah melemparkan senyuman..
Mata seakan tidak mahu berkelip kerana bimbang dia hilang dari pandangan..
Tapi dia seakan tak kenal kita...
Kalau sekali dua, mungkin itu dikira sebagai 'tak perasan'..
Namun jika sudah lebih dari sekali dua itu, apa maksudnya ya..

Faham-faham sendiri aje dah la..
Kita ni tak punya pangkat. Tak punya apa-apa...
Bukan siapa-siapa berbanding dia..
Mungkin dia malu jika kita mendekati dirinya...

Tak mengapalah...
Terimalah hakikat bahawa segalanya hanyalah indah khabar dari rupa..

Pernah alami situasi sebegini...? Jika tak pernah, alhamdulillah kerana hati anda tidak terluka.. Jika pernah, alhamdulillah juga kerana sesungguhnya kita sedar siapa sebenarnya kawan kita itu walaupun hati kita sedikit kecewa..




p/s: Tak perlulah nak bermuka-muka.. Allah Maha Mengetahui apa yang tersirat di sebalik fikiran anda itu.. *Ingatan untuk aku...

10 comments:

  1. sabaarr...tenang aja yaa....x pe kwn2 lain kan ada >_<

    ReplyDelete
  2. rasanya fb lom penah wat hati terluka sampai mcm ni kot...lgipun sy pun jarang carakan orang2 dlm tuh...bnyk main kat group jeh :)

    ReplyDelete
  3. Karukord Jagau's>

    Ahahaha... Rasanya ramai je yang simpan rasa macam ni.. Cuma dorang pakat pendam je dalam hati..

    Betul gak tu kan.. Cari je kawan baru... :D

    ReplyDelete
  4. APAN>

    Ada... Cuma masing2 tak luahkan secara terus-terang.. Mungkin malu ataupun malas nak bising-bising.. Tapi rasanya benda macam ni perlu jugak diketengahkan.. Bukan apa, takut nanti semakin ramai yang makan dalam.. :D

    Akak lak tak larat nak main kat group2 ni.. Masuk sekali sekala je... Kadang2 tak tau nak sembang apa.. haha..

    ReplyDelete
  5. sebenarnya mmg ada jenis yg mcm ni.

    ada pulak yg kat fb mcm sombong tapi luar kamceng.

    ReplyDelete
  6. gadisBunga>

    Betul tu...

    Sebab tu kita tidak digalakkan untuk menilai orang hanya dari luaran je..

    :D

    ReplyDelete
  7. Kyo_>

    Dua-dua jenis ada.. Benda macam ni berlaku kat semua orang yang merasakan dirinya hebat.. :D

    Kenapa lak ragu kalau lelaki..?

    :ragu jugak ni... :hoho

    ReplyDelete
  8. azz..dio la yang rugi..jumpo kawan2 la yang paling best sekali..kalau boleh nak terpa terus..bukan nak buek tak tahu.

    ReplyDelete
  9. Kak Erna>

    Kawan2 dio semuo ehh hebat2 kak.. Apo la yg ado kek kawan mcm sey ni haaa...

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^