Pages

Sunday, April 22, 2012

Kalau nak bertanya, kena la maniskan muka.. :D

Assalamualaikum...

Kalau nak bertanya, kena la maniskan muka.. :D

Petang semalam aku pergi bandar atas urusan mak aku..
Mak aku nak beli freezer..
So, aku ni jadi tukang pilih freezer mana yang sesuai..
Kiranya aku ni macam jurucakap mak aku la..
Tukang bayar tetap mak aku..
Aku mana ada duit nak beli semua tu...

Lepas tu, aku dengan sorang kawan yang menumpang ke bandar pergi ke kedai jual barangan buat kek.. Kawan aku tu nak beli balang untuk isi maruku. Aku pulak nak beli coklat.. Sampai tiga bar coklat aku beli.. Hambikk kauu... haha.. Pastu beli lagi mould dari jenis peten yang lain pulak.. Adoyaii, semua jenis mould nak beli.. Buat coklatnya tak seberapa sangat.. ehehh...

Masa kat kedai barangan kek tu, aku terjumpa la seorang perempuan ni.. Aku tengok dia beli coklat bar ni punya la banyak.. Ada la dalam lapan bar kott.. Akupun dengan ramahnya tanya la kat dia.. "Beli banyak coklat ni, nak buat jual ke..?"

Dia senyum dulu.. Lepas tu diapun menjawab.. "Ha'ah... Jual kat sekolah.. Dengan buat jual kat adik-beradik je.."

"Akak beli untuk jual gak ke..?" Dia tanya aku balik... Akupun jawab... "Tak la.. Saje je untuk makan sendiri... Anak-anak buah suka coklat ni.."

Wahhh... Ini sudah bagus. Boleh la korek rahsia sikit, bisik aku dalam hati.. Kemudian tanya lagi... *Hamboiih3... haha...

"Ni kalau guna acuan macam ni, nak jual macam mana..?" *Merujuk kepada mould yang aku beli tu...

"Kalau macam ni, harga dia bla bla bla..." *Mana boleh bagitau. RAHSIA... kehkehkeh...

"Kalau yang ni pulak...?" *Merujuk kepada mould peten lolipop yang aku pegang..

"Yang tu satu batang kira bla bla bla..." *RAHSIA lagi.. Ehehhh...

Selesai sessi soal-jawab, akupun mula la nak keluar.. Sebelum tu, aku ucap dulu terima kasih kat dia.. Dia dah bagi sedikit clue/info yang aku perlukan.. :D

"Terima kasih ya.." *Sambil senyum puas hati dan berlalu pergi.. hehehe...

Kadang-kadang bila kita google, susah sangat nak dapatkan jawapan yang betul-betul sesuai.. Sebab itu jika jumpa dengan orang-orang yang mahir dan biasa buat sesuatu benda yang menarik minat kita tu, terus la maniskan muka.. 

Nak tanya orang kena la pastikan muka tu senyum sampai ke telinga.. Senyum tu biarlah ikhlas.. Baru nampak sinar kat muka tu... ecehhh... Dan orang yang nak menjawab tu pun dengan senang hati memberi jawapan tanpa sedar.. kehkehkeh... Kalau bertanya dengan muka masam mencuka, agak-agaknya ada tak orang nak melayan... Tak pasal-pasal kena herdik lak, niaya je... haha...

p/s: Nak bertanya tu biarlah kena pada tempatnya.. Jangan pulak pergi kaunter bank lepas tu tanya kat mana stesen bas.... >..<

10 comments:

  1. ha aha ha..ado2 yo azz ni..jauh bona contoh he.sapai kaunter bank..
    buek projek coklat tu copek azz..mesti menjadi punyo..

    ReplyDelete
  2. ha'ah setuju. kalau kita maniskan muka orang tak lokek membantu dan berkongsi rahsia. kalo gi tempat org pun jgn buat muka kerek kan...better manis aje~

    ReplyDelete
  3. senyum itu sedekah :) bella kkdg kalo tak tego pon kalo kita memandang muka seseorang tu ckpla sekadar senyum.tp senyum kt perempuan je,klo llk t terperasan syok pulak.heheh

    ReplyDelete
  4. Salam kak..betul2..

    Bukan time bertanya je..tiap masa kalau boleh, usahakan wajah tu dalam keadaan tersenyum..tpi, jgn smpai terover, nampak ketat plak,hak3.

    ReplyDelete
  5. Suka dgn cara akak...sbb saya pun selalu gak praktikkan senyuman pada org yg kita hendak bertanya...ternyata ia membuahkan hasil berlipat kali ganda...terkadang lebih petua dia kasi...last sekali ayat penutup terima kasih banyak2...ehhehe kalo ju jadi akak kan mesti dh cuba minta no akak tuh mana tau leh wat kawan2 meniaga coklat kan...sambil2 tuh leh tambah kawan2 yg berkongsi minat yg sama :D

    ReplyDelete
  6. Kak Erna>

    Sobab ado orang buek cmtu kak.. Poie bank lopeh tu tanyo bondo lain.. hehe...

    Boli coklat tu buek stok yoo kak... Kek sini takdo jual.. Tu yg maso poie bandar tu, boli toghuih..

    ReplyDelete
  7. gadisBunga>

    Ada jugak orang yang pergi tempat orang, lepas tu dia jadi samseng..

    :D

    ReplyDelete
  8. Bella Hamzah>

    Betul tu.. Senyum je la bila tengok orang.. Sekurang2nya orang tu rasa lega bila ada orang senyum kat dia...

    Cuma takut tersalah bagi senyuman kat orang jahat je.. Bahaya lak jadinya.. huhuhu..

    ReplyDelete
  9. Tinta Lana>

    Waalaikumussalam..

    Tu la pasal... Kang lain lak jadinya.. ehehh...

    ReplyDelete
  10. With Julia>

    Ahaha... Amalkan senyum sepanjang masa... Nanti baby Ju keluar, terus senyum.. hehe...

    Ishh, melampau la pulak sampai nak mintak nombor enpon bagaii... Lagi satu, akak ni memang tak suka nak mintak nombor orang.. Nak bagi nombor akak kat orang lagiiii la akak tak suka.. haha..

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^