Pages

Wednesday, May 2, 2012

Jalan-jalan masuk angin keluar asap.... :D

Assalamualaikum...

Jalan-jalan masuk angin keluar asap.... :D

Semalam aku pergi Cameron Highlands dengan mak, abang dan dua orang anak buah. Ikut perancangan nak pergi hari Isnin tapi anak buah yang sorang tu sekolah.. Tak best la kalau dia takde.. Ingatkan tak jadi nak pergi dah. Tup-tup tengahari semalam, si abang budak tu ajak mak aku pergi.. 




Ikutkan malas jugak nak pergi sebab dah tengahari.. Takut kereta banyakpun ya jugak sebab hari cuti la katakan.. Anak buah tu kata takde orang dah sebab semua dah balik.. Okay la, pergi je la.. Lagipun bukannya jauh sangatpun.. ehehh..




Jalan dari sini lengang selengang-lengangnya. Kalau nak merempit memang boleh sangat.. Tapi anak buah ni jenis pemandu yang berhemah.. Dan kitorang yang jadi penumpang ni pun bukannya suka naik kereta laju-laju ni.. So, diapun memandulah seperti YB melawat kawasan.. Slow and steady je dia bawak kereta.. kehkehkeh...





Bergerak keluar dari rumah dah pukul satu tengahari.. Sampai Tanah Rata dalam pukul dua setengah petang.. Lepas tu merancang nak naik ke Brinchang.. Sebelum naik tu kelihatan banyak kereta yang dah mulai turun. Dalam hati lega la sebab mesti lepas naik atas sana..




Tiba di pertengahan jalan untuk ke Brinchang tu, jalan sangkut la pulak.. Rupa-rupanya banyak kenderaan tersekat kat situ.. Panjang la pulak jammed tu.. Dua kali jugak anak buah berpusing semata-mata nak pastikan jalan tu tak sangkut.. Lepas tu, ambil keputusan untuk turun balik sebab memang tak akan lepas nak naik punya la.. Tambahan pulak hari dah beransur petang dan hujan rintik-rintik dah mula turun..

Ini baru betul namanya jalan-jalan makan angin.. Memang makan angin keluar asap... hahaha... Takde beli apa-apapun.. Cuma beli sayur dengan buah limau sunkist kat tepi jalan sekadar buat syarat pergi Cameron Highlands je.. hahaha...


10 comments:

  1. memang boto2 jalan tu azz..boleh pusing lak balik..he he

    ReplyDelete
  2. Salam..larr..ni bukan takat makan asap je ha..jalan2 makan kabus,hahaha. Eh, lengang juga ya..ye tak ye, ri isnin, kan org bekerja..

    #akak, dari thn lepas la da ad comment moderation tu,kih3. Lana setkan, siapa2 yg komen entry yg dah lebih tempoh shari, kena la moderate dulu.. akak kan, salu dtg mai komen dlm tempoh shari entry dikuarkan..sbb tu tak pasan tu.. :)

    ##oh ea..novel akak cdgkn tu ya..hahaha, tak beli pun kak..tengok saja. Hurm, siapa yg cdgkn novel, sudahnya lana tak beli pun, sbb dah ada targetted novel sndiri..takpa, tangguhkan dlu..kumpul duit balik.thn dpn ada lagi.. :)

    ReplyDelete
  3. ahahhaa..pon jadilah kan...hehhe, cuci2 mata....kat cameron tu pon suasana dia cantik2... ~.~ huhu....

    ReplyDelete
  4. Phat>

    Ha'ah... Ko dah ponah lalu ehh jalan ni..?

    ReplyDelete
  5. Tinta Lana>

    Mesti banyak buku yang Lana beli, kan..

    ReplyDelete
  6. Norashiqin Kamaruzaman>

    Banyak tu memang la banyak BL.. Tapi hajat nak pergi kebun bunga ros tak tercapai.. huhuhu...

    ReplyDelete
  7. salam kenal..best pergi cameron..sy suka suasana pagi..sejuk sangat..udara pun segar..

    ReplyDelete
  8. Kasih Salina>

    Saya sampai hari dah hujan.. Air paip punya la sejuk... Macam ais dah.. hehe...

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^