Pages

Wednesday, June 20, 2012

Cerita di sebalik pengkerepekkan pisang nangka...

Assalamualaikum...

Cerita di sebalik pengkerepekkan pisang nangka...

Pisang nangka ni aku beli masa dalam perjalanan balik dari makan kenduri kat bandar hari Sabtu lepas.. Disebabkan sekarang ni cuaca panas, kebun pisang tu aku tengok agak suram dengan daun-daun yang mulai kering kekuningan.. Dan kat pondok tempat pisang-pisang ni digantung, takde banyak pilihan seperti selalu.. Kali ni banyak pisang yang muda je yang diikat mengikut sisir.. 




Satu sisir pisang nangka seperti yang dalam gambar kat atas ni harga dia cuma seringgit.. Murah je, kan..? Dan jikalau yang masak, harga dia hanya dua ataupun tiga ringgit mengikut saiz sisir tu.. Bagi aku, ianya masih lagi murah.. Kalau ada yang nak lagi murah, silalah tanam sendiri.. kehkehkeh...




Aku cakap kat mak aku yang aku nak buat kerepek.. Tiba-tiba teringin pulak makan kerepek pisang.. Mengalahkan orang mengandung la pulak dok mengidam... hahaha... So, aku beli la dalam enam sisir dengan harga tujuh ringgit sebab ada satu sisir tu harga dia dua ringgit.. Yang lain-lain tu semuanya seringgit sesisir.. 




Mak aku bagi pisang ni kat kakak ipar aku dua sisir.. Abang aku suka makan pisang mentah ni.. Kena tunggu masak la dulu baru boleh ngappp... Selebihnya lagi empat sisir tu masuk dapur rumah aku la.. eheh..




Beli pisang hari Sabtu, tapi baru malam tadi aku buat kerepek.. Penat balik kenduri, penat tengok rumah yang bersepah, penat tengok dapur yang berkecah membuatkan hasrat untuk segera mengkerepekkan pisang ni terbantut.. Mana tidaknya, pukul tiga pagi aku dok kemas dapur, siap dengan mop lantai yang melekit.. Mana la aku nak larat lagi...




Akhirnya, siap jugak aku kerepekkan pisang nangka ni... Aku cuma buat dua sisir je... Tinggalkan sesisir untuk mak aku goreng.. Mak aku memang suka makan goreng pisang ni.. Aku ni kureng sikit.. Tengok keadaan pisang tu jugak.. Kalau keras atau lembik sangat, memang aku tak makan la... Aku suka yang sedang-sedang saja... Macam lirik satu lagu tu - aku suka dia mak, aku sayang dia mak, yang sedang-sedang saja.. Yang penting, dia setia... haha...




Dapat la kerepek pisang dalam tiga balang macam kat atas ni.. Satu balang aku dah selesaikan.. Tinggal lagi dua balang.. Dan dalam dua balang tu, satu balang lagi aku dah bawa masuk kat bilik jahit aku.. Kalau keluar nanti, cuma bawa balang kosong je.. kehkehkeh...


p/s: Kelmarin cerita pasal durian. Semalam cerita pasal jagung.. Hari ni pasal pisang pulak.. Esok lusa nak cerita pasal apa pulak ehh.. Habis idea dah ni... ehehh... Kalau buat cerita merepek-pun best jugak, kan... hahaha...

12 comments:

  1. kepek pisang memang sodap azz..akak maleh buek sendiri..tau makan yo..yang rajin suami akak..dio yang buek kepek kalau dapek pisang mudo sikit ni

    ReplyDelete
  2. nampak macam senang je buat kerepek ni..tak pernah buat sendiri..kalau saya nak kena belilah..

    ok ni cadangan...esok buat entry pasal buah jambu ke,betik ke..ek..he he he

    ReplyDelete
  3. waaaaaaaaaa...sedap!! mengidam jugakla cmni..hohoo

    ReplyDelete
  4. Salam. Aaah kak..durian-jagung-pisang..entry akk kali ni bertemakan pertanian, buah2an+sayur2an, keh3.

    Pukul 3 pg akk masih berkemas2 lgi?mok aihh..hebat tu..tiga balang..hurmm..satu dah habis, satu dalam bilik..leh tahan akk ku ini..kih3

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum kak azz....

    wah kerepek pisang..feveret tu..mcm mana buat ya? blh bg tunjuk ajar tak?

    ReplyDelete
  6. Kak Erna>

    Memang sodap kak.. Tapi tu la, kek sini susah bona nak dapek pisang tu..

    Rajin boto suami akak.. Botuah badan.. hehe..

    ReplyDelete
  7. Maiyah>

    Waalaikumussalam..

    Tak la.. Kali ni tak tengok bola.. Layan kepek sambil tengok drama je..

    ReplyDelete
  8. Ummi Arissa>

    Kalau setakat nak makan sorang tu boleh la beli... Kepek pisang ni pun dah mahal, tu yg kena buat sendiri tu..

    Buah jambu baru lepas gugur.. Tak sempat nak amek gambar.. Lagipun buah dia takleh makan.. Banyak ulat kat dalam tu.. Rezeki untuk ayam..

    ReplyDelete
  9. Siti Khadijah>

    Jojommm kita mengidam berjemaah.. haha..

    ReplyDelete
  10. Tinta Lana>

    Waalaikumussalam...

    Itu namanya entry untuk menggalakkan bertani supaya bumi jadi lebih hijau.. huhuhu...

    Berkemas tu ikut keperluan.. Kalau dah lantai dapur tu melekit, takkan nak tunggu semut penuh baru nak mop, kan..??

    Makan kepek banyak2 takpe.. Untung2 badan jadi sekeping macam kepek tu.. muahahahaa...

    ReplyDelete
  11. Miss CT>

    Waalaikumussalam..

    Aikk, mustahil la CT tak tau cara nak buat kerepek ni.. huhuhu...

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^