Pages

Thursday, June 21, 2012

Panduan hidup berbudi...

Assalamualaikum...

Panduan hidup berbudi...


Orang dulu-dulu ada berkata, biarlah muka tak lawa, asalkan ada budi-bahasa.. Orang sekarang lain pulak katanya.. Pada mereka, muka mestilah cun.., budi-bahasa belakang kira.. Itu kata orang... Kata kita, macam mana pula..? Hmm..., susah jugak nak jawab ni, kan... ehehh...

Kalau dah susah sangat nak cari jawapan, apa kata kita tengok je jawapan yang telah aku buat ni... :D

Ombak, lautan berombak...
Mengapa mengubah pasir di pantai...
Bayu, bertiuplah bayu...
Mengapa menjadi ribut dan badai...

Begitu kita merancangkan...
Belum pasti hadirnya kebahagiaan...
Fahamlah apa itu takdir...
Akan berseri hidup yang ditadbir...

Hidup menggadai harta...
Agar diri berharga...
Janganlah kau salah mengerti...
Kelak kau menggadai diri...

Mencari penghormatan...
Janganlah sampai terkorban...
Yang mulia pasti kita hormatkan...
Yang rendah jangan dihinakan...

Tenang, di air yang tenang...
Janganlah disangka boleh direnang...
Kail panjanglah sejengkal...
Janganlah lautan hendak diduga...

Itulah pesan orang lama...
Menjadi bekal pada yang berusaha...
Ingatlah pepatah ini...
Menjadi panduan hidup berbudi...


Gabungan mantap daripada Ramli Sarip dan Jay Jay... 

Orang lama ada berkata, budi-bahasa tidak dijual-beli.. Kata orang sekarang, kalau jual mahal, alamatnya takde siapa yang nak membeli.. Tak laku la sampai ke tua... Hmmm...

p/s: Harga diri bukan untuk dijual beli.. Jika ada yang berfikir begitu, memang ada something wrong la kat otak dia..

6 comments:

  1. best lagu tu azz..akak suko tu.
    tang budi bahaso ni zaman it ni susah nak cakap la azz,

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak azz...

    zmn dah berubah.. zmn skrg.. pentingkan rupa paras dari akhlak.. moga2 kita terhindar dari fikiran begitu..

    ReplyDelete
  3. Muhsin>

    Bahaya jugak kalau terlebih mesra ni.. Takut tergadai bodi je.. ehehh...

    ReplyDelete
  4. Kak Erna>

    Sodap lagu ni, kan kak...?

    Jangan salah tabur budi dah la, yo tak..?

    ReplyDelete
  5. Miss CT>

    Waalaikumussalam...

    Mudah-mudahan begitulah hendaknya CT...

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^