Pages

Friday, July 13, 2012

Karipap bawang putih... :D

Assalamualaikum...

Karipap bawang putih... :D

Resepi ni aku print screen dari blog Dapur Malaysia.. Lepas tu aku sent via bluetooth kat enpon aku.. Tujuannya supaya senang untuk aku rujuk resepi tu... Tak perlu dah nak salin atas kertas dan tampal kat pintu peti sejuk.. Bawak je enpon masuk dapur.. Lagipun, semua resepi aku yang ada kat pintu peti sejuk tu mak aku dah sumbat kat mana entah.. Dia rimas tengok kertas-kertas bertempelan di situ.. huhuhu...


Amacam, sama tak...? Kehkehkeh...

Baru-baru ni akupun mencuba la buat pastri karipap berpandukan resepi ini.. Mula-mula tu aku cuma sukat untuk satu adunan je.. Aku tunjukkan kat mak aku tepung gandum yang dah aku sukat dan masukkan ke dalam loyang.. Aku tanya mak aku, cukup ke tepung banyak ni sebab adik aku ada balik.. Pastu mak aku cakap, boghapo koping yoo dapek ehh banyak tu.. Okay, faham.. So, aku tambah lagi satu sukatan.. Kiranya sukatan kat atas ni aku dabelkan laa.. Cuma sukatan air tu takde la aku ikut sangat.. Ianya bergantung kepada kemelekitan adunan di jari... 




Kenapa aku namakan karipap ni karipap bawang putih..? Sebabnya ialah aku tak mahir nak mengelim tepi karipap tu.. Aku cuma kelim empat ketul tu je.. haha.. So, jalan pintas yang aku buat ialah dengan membulatkan doh tu dan bentukkannya seperti bawang putih.. Senang dan mudah.. Cuma masa menggoreng tu kena garingkan sikit bahagian yang berpintal tu.. Kalau tak, nanti pastri kat dalam tu tak masak sebab kat tempat pintal tu agak tebal doh dia.. 

Keesokannya, kakak aku pulak balik.. Tak sangka lak dia nak balik.. Inti karipap masih ada dalam freezer tapi tinggal sikit je la... Maka akupun adun lagi doh dan buatkan inti sardin pulak.. Kali ni aku tak buat dah karipap bawang putih tu.. Aku buat karipap garpu lak.. Sebabnya, tepi tu aku main tekan dengan garpu je.. hahaha... Kakak aku tanya, kenapa tak kelim..? Aku jawab, lambek laa.. Dah la buek sorang-sorang... :D


Don't judge karipap by it's skin...
Rupa bukan ukuran.. Rasa yang jadi jaminan kesedapan... :)

Abang aku suka makan karipap ni.. Pastri ni pada aku okay dah.. Lembut je dan takde la liat berbanding dengan pastri masa aku mula-mula buat karipap dulu... Terima kasih la pada blog tadi yang sudi berkongsi resepi.. Patut la boleh menang award.. ;)

p/s: Ingat nak buat karipap frozen untuk makan sendiri.. Tang inti dia, aku suka inti kentang + daging... Inti keledek aku tak suka.. Kembang tekak sebab manis.. Selera kita memang tak sama, kan...  ehehh...

8 comments:

  1. Oh ini antara org yg tak pandai nak kelim tepi karipap tu ek? Kali pertama saya tengok org buat karipap bawang putih tu. Nasib baik tak meletop .... hehehe

    ReplyDelete
  2. Salam.

    Satu je sy nak ckp kak pasal karipap bwg pth tu.. Kreatif ^_^

    Sekali sekala, memasak ni, tak payah ikut peraturan sgt, ye dak??

    Dari zmn kanak2 mam yg kelim2, tak salah pakai garpu plak, takpn style bwg putih. pa lgi style? heh. hehehe.

    ReplyDelete
  3. saya suka je kalau sedap...betul!rupanya bukan ukuran...asalkan sodap!

    ReplyDelete
  4. Yunus Badawi>

    Tu la.. Ni versi untuk orang yang kurang mahir macam saya ni la.. hahaha..

    ReplyDelete
  5. Angah>

    Bila dah terdesak, segalanya berlegar dalam kepala otak.. hehe..

    ReplyDelete
  6. Tinta Lana>

    Waalaikumussalam Lana..

    Maceh.. Orang Taurus memang kreatif sikit maaa.. ehehh..

    Memasak ni macam belajar memandu jugak la.. Masa belajar, ikut semua peraturan.. Bila dah habis belajar dan dapat sijil, semua dilanyak.. kehkehkeh..

    ReplyDelete
  7. UmmiArissa>

    Kan.. Kadang2 kuih yang herot petot tu lagi sedap berganda2 dari kuih yang sama je ukuran dia.. hikk...

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^