Pages

Wednesday, November 7, 2012

Dah dapat dah... Yesszaaa...!!!

Assalamualaikum...

Dah dapat dah... Yesszaaa...!!!

Aku memang tertunggu-tunggu kehadiran 'benda' ni..
Sejak aku diberitahu kat email yang 'benda' ni sudah diposkan, sejak itulah aku terjenguk-jenguk menanti posmen lalu..
Tak pernah aku ternanti-nanti posmen ni..
Sebabnya posmen ni selalu hantar bil je..
Hehehe...

Pagi tadi masa posmen lalu, nampak dia cuma masukkan surat kat dalam peti surat..
Dia tak masukpun dalam kawasan rumah..
Bermakna takde la 'benda' yang aku tunggu-tunggu tu..
Kecewa sekejap...
Ehehh..

Tup-tup baru je sekejap tadi, si posmen datang lagi..
Kali ni dia masuk dalam kawasan rumah, dengan bunyikan hon motor dia..
Aku dah mula rasa seronok..
Dalam hati berkata-kata, ni mesti bawak 'benda' yang aku tunggu tu..

Ya betul..!
Akhirnya sampai jugak 'benda' tu..
Posmen tu kata 'benda' tu baru je sampai kat pos opis, terus je dia hantar ke rumah aku...
Dan 'benda' tu adalah...

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
Tadaaaa.....!!!!




Dah lama aku cari novel Tulang-tulang Berserakan ni..
Dulu pernah baca kakak punya tapi banyak mukasurat yang dah hilang..
Rasa macam tak puas nak baca..
Tu yang aku cari jugak tu..
Harga dia (kulit nipis) adalah RM45..

Turunnya Sebuah Bendera ni merupakan koleksi cerpen tulisan Sasterawan Negara Usman Awang..
Aku belum pernah baca lagi..
Harga dia (kulit tebal) macam aku punya ni adalah RM50... 


So, kepada sesiapa yang suka dan minat nak baca hasil karya Sasterawan Negara, boleh la emelkan permintaan anda  di sini.. 

p/s: Harga buku-buku ini tidak termasuk harga pos ya... Harap maklum.. 

5 comments:

  1. Memang best. Ramai budak2 sekarang dah mula baca buku dia yg mmg best tu:)

    ReplyDelete
  2. Kalah org tunggu surat cinta daripada kekasih... hehehe

    ReplyDelete
  3. novel lama ke ni?saya tak tahu...he he he

    ReplyDelete
  4. Bagus yerrr...amalan membaca buku sasterawan negara...jarang2 anak muda bangsa kita garapkan pembacaan buku sedemikian kak azz...anda adalah hebat!

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^