Assalamualaikum..
Perbetulkan laa....
Aku selalu tengok, ramai yang suka menulis ataupun menuturkan ayat seperti ini:
"Baik-baik kalau nak komen tu.. Nanti kalau tersalah komen, silap haribulan menunjukkan kebodohan diri sendiri..."
Apa maksud sebenar ayat tu ehh..?
Bagi aku, jika seseorang itu memberikan komen atau pendapat yang salah atau tidak tepat, itu adalah menjadi tanggungjawab kita yang lain untuk memperbetulkan kesalahan tadi, jika kita tau mana atau apa yang salah tu.. Namun, selalunya kita yang tau ni akan lebih senang berdiam diri dan ketawa sinis melihat kesalahan yang berlaku kerana kita dah setkan minda kita iaitu kalau dah tak tau tu jangan la komen.. Kan dah kena sebijik...! Kita malas nak perbetulkan kerana merasakan yang itu bukan kerja kita... Betul..??
Akibatnya, ramai yang tidak berani untuk meluahkan komen atau pendapat yang lahir dari pemikiran sendiri.. Takut sangat dikata orang sebagai manusia bodoh.. Maka lahirlah komen dan pendapat berbentuk CnP iaitu copy n paste... Tengok dulu mana-mana komen yang macam hebat je, terus copy then paste.. Itu menipu diri sendiri namanya dik oii.. Kalau quote tu boleh la kita main-main CnP ni... Akupun selalu buat... :D
Macam mana kita nak tau apa yang kita buat atau komen itu salah jika kita tidak menzahirkannya..? Kita ada kemusykilan tetapi takut nak luahkan, bimbang diselar sebagai bodoh, jadi sampai bila-bilapun kemusykilan kita itu tidak terjawab.. Itu semua akan menambahkan lagi masalah dalam diri kita...
Peduli la orang nak kata apa.. Sebenarnya orang yang mengata itu lagi bodoh sebab dia hanya pandai mengata sahaja. Kalau dia bijak, kenapa dia tak perbetulkan kesalahan kita..?
p/s: Bodoh la dia ni.. Sepak bola masuk dalam gol la bodoh...!! Daripada kata orang bodoh, baik awak je yang main bola tu.. Tak gitu...??
p/s: Bodoh la dia ni.. Sepak bola masuk dalam gol la bodoh...!! Daripada kata orang bodoh, baik awak je yang main bola tu.. Tak gitu...??
Gamaknya dia org cuma nak kan jawapan yang bernas sahaja.. meraban tak tentu hala dia org tak berkenan kut :)
ReplyDeleteakuanakpahang:
ReplyDeleteAdakah itu bermaksud pilih bulu..? Kalau dalam soal komen-mengomenpun main pilih kasih, macam mana dengan hal lain agaknya ya...
Tak berkenan tak mengapa, tapi janganlah menghentam.. Bukan semua orang boleh berfikir macam orang hebat.. Dan kadang2 kita kena jugak fahami kekurangan daya pemikiran orang lain..
Kadang2 dalam jawapan meraban itulah tersembunyi jawapan yang dicari/sebenarnya... :)
hye,datang baca entry menarik n follow sini..!
ReplyDeleteErr,ada ke yang cakap mcm tu..? Biarlah org nak komen apa pun..sebab itu menunjukkan kejujuran..Ada ae yg main copy paste komen..?=D
mmm...
ReplyDeletedalam komen kite terhadap komen orang lain pun byk terzahir adab dan tinggi rendahnya ilmu kite jugak, tak gitu? :D
MarliaMarble:
ReplyDeleteAda je.. Cuma kadang2 tu tak nampak.. hehe...
Terima kasih ya sudi datang sini.. :)
gadisBunga:
ReplyDeleteMungkin jugak la..
Tapi perlu ke kita beza-bezakan tahap tinggi rendah ilmu seseorang tu..?
Dan kalau kita dapat rasa yang ilmu orang tu rendah, tak boleh ke kita tolong naikkan sedikit level ilmu orang tu.. Kita boleh kongsi apa yang kita tau, kan.. :)