Pages

Wednesday, November 7, 2012

Dah dapat dah... Yesszaaa...!!!

Assalamualaikum...

Dah dapat dah... Yesszaaa...!!!

Aku memang tertunggu-tunggu kehadiran 'benda' ni..
Sejak aku diberitahu kat email yang 'benda' ni sudah diposkan, sejak itulah aku terjenguk-jenguk menanti posmen lalu..
Tak pernah aku ternanti-nanti posmen ni..
Sebabnya posmen ni selalu hantar bil je..
Hehehe...

Pagi tadi masa posmen lalu, nampak dia cuma masukkan surat kat dalam peti surat..
Dia tak masukpun dalam kawasan rumah..
Bermakna takde la 'benda' yang aku tunggu-tunggu tu..
Kecewa sekejap...
Ehehh..

Tup-tup baru je sekejap tadi, si posmen datang lagi..
Kali ni dia masuk dalam kawasan rumah, dengan bunyikan hon motor dia..
Aku dah mula rasa seronok..
Dalam hati berkata-kata, ni mesti bawak 'benda' yang aku tunggu tu..

Ya betul..!
Akhirnya sampai jugak 'benda' tu..
Posmen tu kata 'benda' tu baru je sampai kat pos opis, terus je dia hantar ke rumah aku...
Dan 'benda' tu adalah...

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
Tadaaaa.....!!!!




Dah lama aku cari novel Tulang-tulang Berserakan ni..
Dulu pernah baca kakak punya tapi banyak mukasurat yang dah hilang..
Rasa macam tak puas nak baca..
Tu yang aku cari jugak tu..
Harga dia (kulit nipis) adalah RM45..

Turunnya Sebuah Bendera ni merupakan koleksi cerpen tulisan Sasterawan Negara Usman Awang..
Aku belum pernah baca lagi..
Harga dia (kulit tebal) macam aku punya ni adalah RM50... 


So, kepada sesiapa yang suka dan minat nak baca hasil karya Sasterawan Negara, boleh la emelkan permintaan anda  di sini.. 

p/s: Harga buku-buku ini tidak termasuk harga pos ya... Harap maklum.. 

Perbetulkan laa....

Assalamualaikum..

Perbetulkan laa....

Aku selalu tengok, ramai yang suka menulis ataupun menuturkan ayat seperti ini:

"Baik-baik kalau nak komen tu.. Nanti kalau tersalah komen, silap haribulan menunjukkan kebodohan diri sendiri..."

Apa maksud sebenar ayat tu ehh..?

Bagi aku, jika seseorang itu memberikan komen atau pendapat yang salah atau tidak tepat, itu adalah menjadi tanggungjawab kita yang lain untuk memperbetulkan kesalahan tadi, jika kita tau mana atau apa yang salah tu.. Namun, selalunya kita yang tau ni akan lebih senang berdiam diri dan ketawa sinis melihat kesalahan yang berlaku kerana kita dah setkan minda kita iaitu kalau dah tak tau tu jangan la komen.. Kan dah kena sebijik...! Kita malas nak perbetulkan kerana merasakan yang itu bukan kerja kita... Betul..??

Akibatnya, ramai yang tidak berani untuk meluahkan komen atau pendapat yang lahir dari pemikiran sendiri.. Takut sangat dikata orang sebagai manusia bodoh.. Maka lahirlah komen dan pendapat berbentuk CnP iaitu copy n paste... Tengok dulu mana-mana komen yang macam hebat je, terus copy then paste.. Itu menipu diri sendiri namanya dik oii.. Kalau quote tu boleh la kita main-main CnP ni... Akupun selalu buat... :D

Macam mana kita nak tau apa yang kita buat atau komen itu salah jika kita tidak menzahirkannya..? Kita ada kemusykilan tetapi takut nak luahkan, bimbang diselar sebagai bodoh, jadi sampai bila-bilapun kemusykilan kita itu tidak terjawab.. Itu semua akan menambahkan lagi masalah dalam diri kita...

Peduli la orang nak kata apa.. Sebenarnya orang yang mengata itu lagi bodoh sebab dia hanya pandai mengata sahaja. Kalau dia bijak, kenapa dia tak perbetulkan kesalahan kita..?

p/s: Bodoh la dia ni.. Sepak bola masuk dalam gol la bodoh...!! Daripada kata orang bodoh, baik awak je yang main bola tu.. Tak gitu...??