Assalamualaikum...
Bila popia jadi lempeng.. huhuhu..
Beberapa hari lepas, aku cuba nak buat popia basah ni.. Kalau ikutkan, memang dah berzaman nak belajar buat kulit popia basah ni tapi manjang takde masa je.. MALAS sebenarnya... kehkehkeh... So, hari tu akupun cuba la buat dengan berbekalkan resepi popia daripada fb Anak-anak Negeri Sembilan.. Ikut betul-betul arahan dan bahan yang digunakan.. Aku buat dengan anak buah aku..
Mula-mula anak buah blend adunan tepung tu dan perap.. Lepas tu aku buat sos cili. Tunggu masak. Lepas tu, goreng pulak sayur untuk inti popia basah tu..
Lepas tu, akupun mula la nak buat kulit popia ni. Kalau bab popia basah ni, saat nak buat kulit tu la yang paling kritikal. Mula-mula gunakan kuali biasa, buat macam nak buat kuih gulung. Tak menjadi. Lepas tu aku tukar kuali, gunakan kuali leper pulak. Tak mau jugak kulit tu jadi.. Bak kata anak buah aku, dah macam lempeng dah.. adoyaii..
Lepas tu, aku cuba cari lagi resepi lain untuk kulit popia ni. Lebih kurang sama je bahan yang digunakan. Bezanya, resepi yang aku gunakan cuma letak putih telur je dan resepi yang aku cari tu gunakan keseluruhan telur - putih dan kuning. Maka, akupun masukkan pulak kuning telur kat dalam bancuhan kulit popia tadi..
Lepas tu, okay la sikit kulit popia tu kat dalam kuali.. Takde la nak melekat sampai rabak macam yang mula-mula tu.. Tapi kulit tu masih lagi tebal, tak nipis macam biasa. Lagipun bancuhan tepung tu cair, bukannya boleh dicekut-cekut dan tepek kat kuali.. Mujurlah bancuhan tepung tu sikit je.. So, takde la jemu sangat bila asyik-asyik jadi lempeng je.. hahaha...
Lepas je habis bancuhan tepung tu, akupun mula la givap.. Boring siyot sebab manjang tak menjadi je kulit popia aku.. Sama macam buat kuih gulung.. Sokmo tak menjadi.. Manjang melorot je adunan tepung tu dalam kuali... Jenuh dok pusing-pusing kuali tu tapi dok pi dok mai dok tang tu jugak... gggrrr... Kena cuba buat lagi tapi untuk waktu terdekat ni, aku MALAS.. huahuahua...
Bila dah givap tu, apa lagi, layan mata laa.. Tapi takde la buat aksi macam meow kat bawah ni.. muahahaha...
eeeiii... tak mayuuuuu.... tettt....!!!
p/s: Nak sambung baca novel Jangan Merajuk, Sayang.. Siapa merajuk, sila la pujuk diri tu sendiri ehh.. Aku kalau bab-bab memujuk ni memang fail.. Kalau bab menghempuk tu, aku terer la... kehkehkeh...
laaaaaa... baru nak suruh anta sini sikit... pi try buat lg cepat.. hehe
ReplyDeletelaaa susah ke rupanyya nak buat popia, baru tahu...angah ni tahu makan popia je, tak pernah berhajat nak buat sendiri...
ReplyDeleteAssalammualaikum.
ReplyDeleteTakpa kak, buleh cuba lain kali. Urmm, mcm yg buat kulit tuk balut durian crepe tu, menyeksa jugak nak buat kulitnya.
Hurmm..tgk smngt akk bca bbrpa buah novel skrg,hik3. Sya baru beli novel bebaru ni..seketol pun tak habis2 dalam sminggu (-_-)