Pages

Thursday, March 7, 2013

Buah kanser...

Assalamualaikum...

Buah kanser...


Aku masih lagi berada di rumah kakak kat Nilai. Aku datang sini sejak hari Sabtu lepas. Ahad minggu lepas ada kenduri kawen anak sepupu aku kat Taman Tunku Jaafar manakala Sabtu minggu ni pulak, sorang lagi anak sepupu yang lain akan berkawen kat Lavender Heights, Senawang. 


Untuk mengelakkan dari berulang-alik dari Pahang, maka mak akupun menetapkan untuk tinggal selama seminggu kat sini.. Kalau lepas kenduri Ahad lepas dah balik Pahang, jangan harap la nak turun Nilai ni semula.. Tak dayo doh nak isi minyak keto.. huhuhu..


Okay, kat atas ni mukadimah ya.. hehe.. Kat bawah ni pulak aku kongsikan gambar buah kanser yang ada kat rumah kakak aku ni.. Aku tak tau apa nama saitifik untuk buah ni. Dan akupun memang malas nak tanya kat atok gugel.. Sapo ghajin, silo la tanyo kek atok tu.. hehh...




Kakak aku cakap, benih pokok ni dia dapat dari rumah seorang kawan berbangsa Cina kat Nilai ni jugak. Cara nak gunakan buah ni pun aku tak tau macam mana.. haiisshhh... Siapa yang tau tu, silalah rajinkan jari untuk bagitau.. ehehh...




Dulu, masa mula-mula je terpandang kat buah ni, aku ingatkan buah limau sebab buah dia memang besar, macam buah limau barli.. Bezanya cuma kulit buah kanser ni licin dan berkilat.. Cantik sangat kalau tengok secara live.. Macam bola bowling pun ya jugak.. Ada kan bola bowling kaler hijau..? Mujurlah aku ni bukannya jenis main terkam je.. Kalau tidak, dah selamat dah buah ni aku kerjakan.., kehkehkeh...


Buah ni dikatakan boleh merawat luka akibat pembedahan kanser iaitu untuk luka luaran/kulit sahaja. Gunakan buah yang dah betul-betul masak, warna kekuningan, belah dan tampalkan pada luka tadi.. Samada info ni betul ataupun tidak, tidaklah aku ketahui.. Jadi, para doktor semua, tolong la jangan marah aku ya... huhuhu.. Mungkin kerana pokok ini dinamakan pokok kanser, maka secara automatiknya bila ada buah, maka buahnya dinamakan buah kanser... errrr.... 


p/s: Jangan mudah percaya akan sesuatu perkara yang kita sendiri tak berapa nak pasti akan kesahihannya.. So, kalau korang tak yakin dengan info mengenai buah kanser ni, janganlah percaya... Lagi selamat kalau korang cari sendiri jawapannya... heeeeeeee....

Boleh rujuk kat sini dan sini..

7 comments:

  1. seronok belajar mcm2 jenis buah-buahan yg x pernah dengar...serius x pernah dgr buah kanser kak azz...kena buat kajian lebih mendalam utk diperluaskan lagi cara penggunaan utk bidang perubatan...:)

    ReplyDelete
  2. ermm tak terfikir pulak ada buah nama 'buah kanser'..

    ReplyDelete
  3. macam ponah tengok..tak tau la samo ko tidak..orang guno untuk halau tikus,,tapi buah e tak bosar..bosa sikit dari buah epal yo

    ReplyDelete
  4. kena la selidik dulu lenkali. akak ni pun.. haha..

    serius macam buah limau, kalau sy kopek2 terus ngap.. hehe

    ReplyDelete
  5. sempena boleh ubat kanser nama pun buah kanser ...kan senang kalau nak cari ubat kan...kalau ada pokok sakit tekak,senang kita cari buah sakit tekaknya kan...hehehe

    ReplyDelete
  6. Pernah tengok buah ni...tapi selama ni tak tahulah pulak namanya buah kanser....

    ReplyDelete
  7. erkk..saya pun teringat kat buah limau bali bila tgk buah ni.. besor ke kak buahnya? nampak mcm beso2 buah epal je dari gambar.

    1st time gak dengar pasal buah kanser. Saye saje try google pasal buah kanser..yg kuarnya, "kanser buah pinggang" hahaha, haih,hehehe

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^