Pages

Saturday, June 15, 2013

Wasap... Wasap...

Assalamualaikum...

Wasap... Wasap...


Apa itu wasap..? Pernah nampak orang tulis wasap ni kat mana-mana..? Pernah dengar orang sebut nama wasap ni..? Tentu pernah, kan...? Wasap ni orang Melayu yang sebut.. Kalau omputih sebut, bunyi dia lain. Dorang sebut WhatsApp, kan..?


Sebenarnya, aku tak tau apa benda la si wasap wasap semua ni. Siyes aku tak tau. Tapi aku memang selalu la nampak orang tulis wasap ni terutama sekali kat fb la sebab laman sosial tu je tempat aku lepak.. Twitter aku dah pengsan lama dah.. Malas nak melayan.. hehh..


Masa nampak tulisan wasap tu lalu kat TL, pastu siap disertakan dengan nombor enpon si empunya post, aku makin tertanya-tanya. Tak takut ke dorang ni bagi nombor enpon secara terbuka macam tu..? Takde rasa cuak ke..? Ramai yang boleh nampak nombor tu, kan..? Jadi, aku biarkan dulu pertanyaan aku tu duduk diam-diam dalam hati. Kalau aku la, aku jaga betul nombor enpon dan email aku. Takdenya aku nak tayang tak tentu pasal..


Kalau aku tanya sekalipun apa benda la wasap tu, rasanya takde seorang manusiapun nak tolong jawab.. So, better diam je.. Yang sadisnya, aku takde pulak teringin nak tanya atok gugel. Entah, aku rasa wasap ni macam tak penting sangat untuk aku beria-ia nak ambil tahu. Macam takde untung banyak jika tahu tapi dalam masa yang sama, nak tau jugak maksud wasap tu sendiri.. Nanti takde la nampak macam ketinggalan zaman sangat ataupun kuno.. Agaknya la.. hehh...


Jadinya, masa aku masih ada kat rumah kakak bulan lepas, akupun tanya la pasal wasap ni kat kaum kerabat aku. Memang tak ingatpun nak tanya tapi bila sorang anak buah bercakap pasal wasap dengan adik ipar aku, barulah aku  teringat nak tanya. So, akupun tanya la kat dorang berdua..


"Wasap tu apa ehh...? Selalu tengok orang tulis kat fb.."? (aku)


"Haa.. Tu la indok tak tau.. Orang macam indok kena la ada wasap, barulah canggih.." (anak buah aku)


"Enpon indok canggih jugak. Yang penting boleh buat call dan ada kamera.. hahaha..." (aku lagi)


"Camni kak.. Wasap ni macam SMS jugak. Bezanya SMS tu kalau takde yang free, kena tolak kredit kalau kita hantar. Tapi wasap ni kalau kita takde kredit, boleh je hantar SMS free kat sesiapa. Janji ada line wifi yang open macam kat rumah ni.." (adik ipar aku)


"Oooo.. Kiranya SMS free la ni.. SMS free yang Maxis bagi kat akakpun sampai sekarang tak luak-luak.. Ada dalam 80 SMS free Maxis ke Maxis ni.. Itupun masih ada reward lagi yang tak dituntut. Tak tau nak SMS kat siapa.. Tak tau nak SMS apa.. hehehe.." (aku)


Rupa-rupanya wasap ni SMS je pun.. Hmmm... Patut la aku macam tak berminat nak tanya kat atok gugel.. kehkehkeh...


Semua orang boleh berwasap asalkan ianya ke arah kebaikan seperti untuk berbincang dan sebagainya. Tapi kalau tujuan berwasap tu semata-mata nak buang masa dengan borak-borak kosong yang takde faedah, dok potpetpotpet tak ketahuan, aku rasa tak perlulah nak berwasap bagai kot.. Tapi terpulanglah pada diri masing-masing, kan.. 


p/s: Jangan seronok sangat berwasap yang bukan-bukan.. ehehh... (ingatan untuk diri sendiri..)

4 comments:

  1. shida pun xde wasap wasap nie...dpur berasap kadang2 tu ada la hehe

    ReplyDelete
  2. banyak sangat benda canggih sekarang ni.saya pun tak tahu juga fungsi asal wassup ni..dengar je...

    ReplyDelete
  3. saya tak suka wasap, better pakai weChat sy rase,,hehe...

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^