Assalamualaikum...
Air besar buat mandi bunga..
So, pagi semalam sampai petang, air takde. Kena faham la kenapa air tu tak keluar. Dalam pukul enam petang tu, barulah air datang.. Maka akupun ambil kesempatan untuk mandikan pokok-pokok bunga aku yang kehausan. Nak testing air besarpun ya jugak.. hehe..
Memang terasa ada penambahan pada kelajuan air tu. Selalunya kepala paip kat meter tu kena buka besar sikit, baru air tu laju. Kali ni buka sikit je air dah laju dah. Apa lagi, seronok la main air.. Takde dah nak ingat pasal bil akan datang.. hehh...
Kesan dari pengorekan tanah tu je yang rasa tak selesa sikit. Kalau ada kereta lalu dengan laju, maka debu merah ikut terbang laju jugak la.. Dah lama tak hujan.. Harap-harap sehari dua ni turun la hujan tu. Boleh cuci jalan yang dah mula merah tu..
p/s: Masa kecil dulu, sambil siram pokok, sambil pancut air kat badan. Pokok basah, badanpun basah sama.. Seronok main siram-siram. Sekarang ni berani ke nak buat macam tu..? Jangan cari pasal... hehh..
No comments:
Post a Comment
Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..
^__ahak__^