Assalamualaikum...
DIY: MinahGyver dan alat jolok buah manggis... :D
Musim manggis dah tiba.. Nak panjat, takut.. Lagipun tak reti nak panjat pokok ni.. Nak tak nak, kena la jolok.. Kalau pokok tu rendah, takpe la jugak, boleh gak main capai-capai.. Ni tinggi menggalah.. Buah yang dah masak tu pulak ada kat dahan yang tinggi.. Saje je kan nak mendera.. hehhh..
Maka, otakpun kena la ligat berfikir.. Sementelah semua bahan ada kat rumah, so, apa lagi, kan.. Marilah kita mulakan misi ala-ala mcgyver.. Tapi disebabkan aku ni wanita *euuwwww.... haha.., maka tukar la nama tu kepada minahgyver.. kehkehkeh...
Guna je botol minyak masak. Potong botol tu dan buang benda putih atas tu bergantung pada jenis kayu yang akan digunakan..
Masukkan kayu dalam lubang botol.. Seeloknya gunakan kayu bulat.. Tapi dah takde yang bulat, yang pipihpun boleh aje... hehh.. Lagi bagus kalau guna buluh..
Sediakan paku anggaran panjang dalam 3 inci dan penukul... Ketuklah ia..
Dah siap.. Guna 2 batang paku je.. Paku kiri dan kanan.. Pastu nanti buat sikit belahan anggaran dua inci lebar dan tiga inci panjang kat bahagian atas tu untuk mengepit ranting atau tangkai buah..
Disebabkan hujung paku tu terkeluar sikit dari leher botol minyak tu, maka kenalah bungkus dengan kain bagi mengelakkan tangan terkena hujung paku yang tajam tu.. Beringat sebelum kena, okay.. :D
Dapat banyak ni je sebab buah manggis ni baru mula nak masak.. Kali ni macam tak banyak je buah manggis kat atas pokok tu..
Buah jambu air tu kecil lagi.. Kalau tunggu besar, memang tak dapat makan la sebab dah kena jolok dengan lebah buah.. Pastu nanti kat dalam tu ada ulat.. Takmo ahhh... eeeiiii....
Manis sangat... Yummyyyyy.....!!!!
Buah manggis ni sensitif.. Seeloknya jangan biarkan dia jatuh tergolek kat tanah.. Kalau buah manggis ni dah jatuh, dia akan cepat jadi keras kematu dan tak boleh nak makan dah.. Itulah fungsi botol tu.. Tujuannya untuk mengelakkan buah manggis tu jatuh.. Boleh je nak gegar dahan pokok manggis tu tapi buatnya banyak yang jatuh, larat ke nak makan semua tu masa tu jugak..? Setiap benda yang dibuat, direka atau dicipta, mestilah berserta dengan kebaikan atau kelebihan.. :D
p/s: Nak makan, kena la panjang akal.. Tak kan la nak tunggu orang suap masuk mulut.. Bukannya orang sakit nak kena suap bagai haiihhh... =..='
azz..sodap e manggih..akak kek rumah ni anak boranak goma manggih
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteWoww,sangat kreatif! hahaha
kreatif, boleh tiru ni...
ReplyDelete