Pages

Tuesday, August 20, 2013

Kadang-kadang yang menjadi penghalang itu ialah...

Assalamualaikum...

Kadang-kadang yang menjadi penghalang itu ialah...


Kadang-kadang teragak nak memberi komen kat grup atau page yang aku join, atau wall kawan-kawan dalam list apatah lagi jika status atau gambar yang dikongsi menarik minat aku untuk tinggalkan komen..

Kadang-kadang dah siap taip dah, tinggal nak tekan enter je..

Kadang-kadang aku delete balik ayat yang dah aku taip dan kemudian aku taip semula ayat baru yang aku rasa macam hipokrit je..

Kadang-kadang aku terus delete balik segala komen yang dah siap ditaip tu sebab:

  1. Bimbang komen tu dipandang serong padahal takde niat apa-apapun.. Sekadar bagi komen, pendapat atau gurauan je..
  2. Cuak jika ada yang terasa dengan komen-komen tu walaupun kadang-kadang aku rasa komen tu takde la berbaur kurang ajar dan sebagainya...
  3. Takut nanti dicop bajet bagus..
  4. Malu jika dikatakan dah la bodoh, sibuk je nak mengomen..
  5. Haru jika ada yang sakit hati dengan komen tersebut dan mulalah mencari jalan untuk bertindak balas..
  6. Risau jika ada yang mula mencari  dan mengorek identiti aku atas tujuan yang tidak baik seperti menyerang peribadi aku.. 
  7. ____________________
  8. ____________________
  9. ____________________
  10. ____________________

Untuk menjaga hati semua pihak daripada mudah terasa hati, mudah sentap, mudah meluat dan apa sahaja yang berkaitan dengan hati dan perasaan (walaupun sebenarnya tak terdaya nak jaga sebab hati dan perasaan sendiripun selalu juga terasa..), aku sekarang dah agak jarang mengomen dan ianya bergantung pada keadaan semasa jugak la.. 

Sebab tu jugak, aku tak dapat nak approve segala request ini.. Sebab aku takut nanti aku terkomen kat status atau gambar yang tidak sepatutnya aku komen.. Aku ni kadang-kadang main redah je komen.. Bukannya nak tengok dulu profile orang.. Buatnya orang tu orang besar atau orang yang berpelajaran tinggi, tentu dia malu dapat komen dari orang yang entah apa-apa macam aku ni.. 


Maaf ya... 


Bukan sombong tapi entah laa... Mungkin lebih ke arah berjaga-jaga kott... Beringat sebelum kena, kan...?? Sebab nanti jika dah terkena, takde siapa yang mahu tampil membantu.. Sendiri jugak yang menanggung malu.. 


p/s 1: Jika rajin, sila isikan tempat kosong tu ya.. heeeeeeeeee.......

p/s 2: Boleh jumpa aku kat sini.. Tak perlu Like sebab lagi ramai yang Like, lagi la aku segan + malu + takut + dan sebagainya apatah lagi jika diskodeng dan yang skodeng tu entah siapa-siapa... hehh..

1 comment:

  1. Assalamualaikum.

    Kak azz..dalam bab ni, saya sokong kak azz.. sebab tu la jugak saya jarang post status kat fb..

    Sebab lagi ramai yg melihat, lagi bnyk kompleksiti yg terhasil nnti..hamboi ayat ak, kompleksiti,hamekk,hahaha

    Sebab tu la saya cuba underground sebanyak yg boleh..kalau ada pun, duk publish latest entry dgn hasil2 header saya tu jelah.. itu pun bila org like,komen, terkebil2 saya..nk respon apa..respon salah, tak respon pun sy rsa bersalah juga,huhu

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^