Pages

Thursday, September 26, 2013

Banyak ni je dah seratus lima puluh..

Assalamualaikum...

Banyak ni je dah seratus lima puluh..


Pagi tadi aku ke bandar atas urusan biasa.. Lepas tu beli la serba sedikit barang berkaitan dengan jahitan.. Takde la banyak manapun barang yang aku beli.. Satu beg plastik je... 


Mula-mula aku suruh tokey tu kira barang yang betul-betul aku perlukan macam benang, zip dan getah seluar.. Lepas tu barulah aku suruh dia kira harga semua manik dan ram tu.. Bukan apa, aku takut duit aku tak cukup je.. huhuhu.. 


Bila dah campurkan semua harga, jumlah semua sekali adalah seratus lima puluh ringgit.. Mujurlah duit mencukupi.. Ngam-ngam ho maaa.... Nak beli air mineralpun tak lepas... adehh... Mujur la jugak ada bawak air masak dari rumah.. ehehh..


Mak aku cakap, ram tu bosa kuman.. hehe...


Inipun dah banyak dia kasi diskaun dah ni sebab aku regular kastemer dia.. Lagipun selalunya aku beli barang asas je tapi kali ni aku beli banyak manik..




Aku cakap kat tokey tu yang aku tak nak benang dua ketul ni sebab tak cukup nak masukkan dalam satu kotak.. Dalam satu kotak, ada sepuluh ketul benang. Kalau satu kotak, senang nak kira harga pukal.. 


Pastu lepas tokey tu kira semua, diapun cakap la kat aku, "amek la yang ni sekali..".. Terkejut la jugak aku.. Lepas tu akupun cakap la kat dia, "ehhh, terima kasih laaa banyak-banyak.. Ni kalau orang Melayu, dia cakap alhamdulillah, murah rezeki awak...".. Pastu diapun cakap, "tau tau tau...".. hehe..


p/s: Alhamdulillah.. Ni kira rezeki jugak ni walaupun cuma dapat dua ketul benang percuma.. Bukannya aku ada mintakpun.. :)

2 comments:

  1. Salam.

    Akak.. makcik saya, dia ada buat jahit manik kat baju kurung..katanya, manik2 ni mahal jugak.. ya ea kak?

    Ram tu..apa? huhu.. sungguh tak tahu.. urm, yg dlm gmbr tu, kotak bnyk2 warna kuning untuk apa plak?

    ReplyDelete
  2. Salam Lana:

    Manik ada macam² jenis.. Nak kualiti baik, memang mahal.. Selalunya manik dari Jepun yang mahal tapi tahan lama.. Cuma ada certain kastemer yang tak faham.. Nak baju grand dengan manik² bagai tapi harga nak murah... huhu..

    ram tu kayu yang bulat tu, yang kat atas zip tu... selalu digunakan untuk menegangkan kain untuk disulam atau dijahit manik..

    Yang kotak kuning tu la kotak benang.. Dalam satu kotak tu ada sepuluh ketul benang..

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^