Assalamualaikum...
Masa untuk mengumpul saham...
Kata orang: Perkara yang baik, eloklah dipanjang-panjangkan kerana berbuat baik itu sangatlah dituntut.. Molek la kiranya diberitahu kepada orang lain.. Dan anda pasti menjadi orang yang hebat jika anda mampu berbuat baik sesama makhluk Allah..
Oleh itu, marilah kita sama-sama menderma walaupun sedikit kerana yang sedikit itu jika dikumpul, pasti akan menjadi bukit.. Jangan pulak kumpul sikit tapi gali banyak.. Memang tak menjadi la bukit tu nanti.. Dia akan jadi lubang terus.. huhuhu...
Boleh menderma kat akaun Maybank ni. Nombor akaun ialah 5621 0663 1155 atas nama Persatuan Hospital Tanpa Sempadan Kuala Lumpur..
Sila kilk pada gambar untuk paparan lebih jelas..
Kata nabi: Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Setiap orang wajib melakukan sedekah saban hari selagi matahari terbit. Antara lain, mendamaikan antara dua orang yang bersengketa, itupun sedekah. Dan bila orang membantu menaikkan seseorang ke atas kenderaannya, itupun sedekah. Atau dia angkut barangnya ke atas belakang kenderaan, itupun sedekah. Dan menyingkirkan duri dari jalan, itupun sedekah. Dan berkata baik-baik, itupun sedekah. Bahkan setiap langkah ketika ia berjalan untuk melakukan solat, itupun sedekah." (Riwayat dari Ahmad)
p/s: Apa tunggu lagi, cepat-cepat la menyumbang.. Gajipun dah masuk dah, kan... Jangan fikir panjang-panjang.. Lagi panjang masa berfikir, lagi mudah setan 'cucuk jarum'.. Setan memang tak suka kita buat baik.. Sudahnya, terus tak jadi nak menyumbang... ehehh...
No comments:
Post a Comment
Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..
^__ahak__^