Pages

Friday, September 13, 2013

Orang berbudi, kita berbahasa..

Assalamualaikum...

Orang berbudi, kita berbahasa..
Orang memberi, kita merasa...


Tadi jiran bagi pokok kat bawah ni.. Hari tu aku ada cakap kat dia yang pokok aku dah mati. Pastu dia tanya la, nak ke pokok ni..? Then akupun jawab la, nak.. Lagipun dia ada dua pasu pokok ni.. Tu yang dia bagi sikit kat aku..


Gantikan tempat balang kaca hari tu..


Dia bagi pokok tu dalam plastik je.. Then aku letak dalam bekas axion tu sebab takde pasu yang bersesuaian. Lagipun pokok ni kecil lagi.. Nanti bila dah naik pucuk baru, dah rimbun sikit, aku pindahkan la dalam pasu lain. Tak pun nanti aku masukkan je pokok ni dalam pasu bahulu mak aku hari tu.. hehh....


Letak dua ekor ikan comel ni untuk sementara waktu..


Lepas tu, akupun bagi la kat jiran tadi kuih gunting yang aku baru buat hari tu  dan sedikit kacang botor(l) kat dia.. Cukup la untuk dia seorang... 




p/s: Jiran muafakat, membawa berkat.. heeee......

2 comments:

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^