Pages

Saturday, September 28, 2013

Takde sebab, buat apa nak keluar... hehh...

Assalamualaikum...

Takde sebab, buat apa nak keluar... hehh...


Tengahari tadi aku pergi makan kenduri. Dekat je rumah kenduri ni dengan rumah aku.. Pergi jalan kakipun boleh.. Hajat hati nak pergi dengan akak sebelah rumah ni tapi dia dah pergi dulu dah.. So, aku pergi la dengan mak aku.. Jadinya pergi naik kereta la.. hehh...


Masa kat kenduri tu, terjumpa la seorang kakak ni.. Dia ni senior aku masa sekolah menengah dulu.. Mula-mula tu aku tak perasan kat dia sebab masa tu aku nak pergi ambil air.. Dia yang tegur aku dulu.. So, orang dah tegur, tak kan nak buat donno je, kan..? Hebat sangat ke sampai tak nak jawab teguran orang... Orang yang dikenali la pulak..


Lepas tu, akak tu pun cakap la yang dia dah lama tak nampak aku.. Akupun jawab la secara jujur, kalau dah tak keluar, macam mana nak nampak... Then akak tu tanya aku, kenapa aku tak keluar.. Akupun jawab lagi secara jujur dan spontan, keluar nak buat apa.. Lepas tu terus je akak tu tarik muka.. Gulppp..!! Apa hal pulak dia nak tarik muka, kan..? Suara aku bukannya bernada marah.. Aku bercakap siap senyum lagi kat dia... Lepas tu terus je aku tepuk bahu dia dan akupun jalan pergi ambil air... 


Takde sebab aku nak keluar jika sekadar nak tayang muka kat orang.. Jika keluar setakat nak huha huha yang takde input, baik aku lepak kat rumah.. Nak keluar meronda kawasan kampung, lagi la aku malas.. huhuhu...


p/s: Aku memang jarang keluar rumah.. Aku keluar jika ada sebab yang munasabah je.. Biarlah orang nak kata aku kera sumbang.. :p

No comments:

Post a Comment

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^