Pages

Sunday, September 29, 2013

Cara nak menjahit crumble bracelet..

Assalamualaikum...

Cara nak menjahit crumble bracelet..


Hari tu aku ada kongsikan cara asas nak jahit crumble iaitu crumble jentayu. Kali ni aku nak kongsikan pula cara nak jahit crumble bracelet.. Sebenarnya cara nak jahit kedua-dua crumble ni sama je iaitu proses berulang-ulang dan dibuat dari satu barisan ke satu barisan.. Boleh tengok kat sini untuk crumble jentayu tu..


Crumble bracelet ni biasanya tak banyak guna manik.. Dia cuma guna dua jenis manik pearl yang berlainan warna dan satu jenis manik silinder atau manik bulat kecil yang menggunakan samada tiga biji ataupun lima biji atau tujuh biji.. Yang penting jumlahnya ganjil.. Benda ni bergantung pada kita sendiri nak buat bracelet yang macam mana.. Boleh google dan tengok contoh yang ada..


-1-
Seperti biasa, buatkan satu garisan lurus sebagai panduan.. Kemudian, susupkan benang, masukkan tiga biji manik silinder dan sebiji manik pearl ke dalam jarum..


 -2-
Rapatkan manik dan cucuk jarum ke bawah betul-betul di hadapan manik pearl..


-3-
Kemudian, keluarkan semula jarum tadi betul-betul di belakang manik pearl.. Proses ni aku panggil  proses 'patah balik' .. Tujuan buat proses patah balik ni adalah untuk menguatkan kedudukan manik pearl tadi agar jahitan tidak longgar..


-4-
Lepas tu sekali lagi masukkan jarum tadi ke dalam manik pearl dan masukkan tiga biji manik silinder dan sebiji manik pearl berlainan warna..


-5-
Ulangi proses yang sama hingga habis barisan pertama..


 -6-
Untuk barisan kedua, masukkan jarum ke dalam dua biji manik silinder dan kemudian masukkan pula sebiji manik pearl.. Lepas tu, ulangi proses nombor dua dan tiga..


 -7-
Kemudian, masukkan jarum ke dalam manik pearl dan masukkan tiga biji manik silinder. Lepas tu, masukkan jarum ke dalam manik silinder yang di tengah tanpa mencuit kain.. Tengok gambar..


 -8-
Lakukan proses yang sama berulang-ulang hingga selesai barisan kedua..


 -9-
Kalau tak nak buat bracelet yang lebar, boleh je buat macam ni.. Finishing tu ikut kreativiti masing-masing la ya.. Yang aku buat ni just tabur je sebagai contoh paling mudah..


 -10-
Dan inilah hasilnya crumble bracelet yang sudah siap.. Jika nak buat lagi lebar, ulang je proses yang sama..

*Sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas..


Macam gambar kat bawah ni, dia gunakan manik bulat yang kecil dan bilangan manik tu tiga dan sembilan.. Cara nak buat tu rasanya sama je kot tapi yang ni diselang-selikan jumlah manik kecil tu.. Barisan pertama, gunakan tiga biji manik kecil dan barisan kedua, gunakan sembilan biji manik kecil.. Nak tau jadi ke tak, kena la buat dulu... Akupun tak berapa pasti cara dia buat... huhuhu...



p/s: Selamat mencuba ya.. Kena rajin berlatih dengan pelbagai bilangan dan jenis manik..

No comments:

Post a Comment

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^