Pages

Monday, October 7, 2013

Cara nak menjahit manik beriring atau slanting beads..

Assalamualaikum...

Cara nak menjahit manik beriring atau slanting beads..


Kali ni aku nak tunjukkan cara untuk menjahit manik beriring ataupun slanting beads.. Cara ni mudah je dan aku pasti ramai yang dah tau untuk membuatnya.. Namun begitu, jika ada yang belum tahu atau baru nak belajar menjahit manik, boleh la cuba buat..


-1-
Seperti biasa, buatkan garisan sebagai panduan. Kemudian masukkan lima biji manik silinder ke dalam jarum..


 -2-
Rapatkan manik dan cucuk jarum betul-betul di atas garisan di hadapan manik yang akhir tu.. Jangan lebih ataupun kurang kerana ia akan memberi kesan pada susunan manik itu nanti.. 


 -3-
 Kemudian, keluarkan jarum pada paras manik yang kedua seperti dalam gambar.. Kalau nak keluarkan jarum pada paras manik yang ketigapun boleh..


-4-
Lepas tu, masukkan pula lima biji manik silinder berlainan warna untuk mendapatkan efek berlainan..


 -5-
Ulangi proses gambar nombor dua...


 -6-
Ulangi proses gambar nombor tiga dan buat berulang-ulang hingga selesai..


 -7-
Beginilah hasilnya jahitan manik beriring atau slanting beads yang dah siap.. Manik beriring ni boleh jugak dibuat pada lakaran lain.. Tak semestinya untuk jahitan lurus sahaja..


 -8-
Rupa jahitan di bawah kain..


Seperti biasa, sila klik pada gambar untuk mendapatkan gambaran lebih jelas.. Terima kasih..


Manik beriring atau slanting beads ni cantik kalau di jahit pada lipatan hujung lengan baju kurung.. Buat dua barisan, satu kat atas dan satu lagi kat bawah.. Kat tengah-tengah lipatan tu boleh la dijahit dengan manik bunga ataupun manik tabur.. Ikut la kreativiti masing-masing..


Aku buat tutorial manik ni bukan sahaja untuk dikongsi dengan orang lain, tetapi untuk rujukan aku sendiri serta untuk rujukan kaum kerabat aku.. Dorang selalu tanya macam mana nak buat itu ini.. Aku tak sempat nak ajar sebab kitorang jumpa masa raya je.. Jadi, masa memang terhad..


p/s: Mudah-mudahan kaum kerabat aku tu rajin la memanik lepas ni.. Aku tau, korang skodeng blog ni dalam senyap, kan... Macam la aku tak tau.. hehh.. hehh.. hehhh....

1 comment:

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^