Pages

Sunday, October 6, 2013

Musuh ketat..

Assalamualaikum...

Musuh ketat.. 


Akhirnya berjaya jugak aku tangkap musuh ketat aku ni... hehh... Nak kenal tak siapa dia..? Jeng.. Jeng.. Jeng... 

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

Ni la rupa dia.. 
Haha...




Ayam ni jahat.. Suka sangat bertelur dalam pasu bunga aku yang tinggi tu.. Habis rosak pokok tu.. Lepas tu, tanah yang dia kais tu habis masuk dalam pasu bahulu yang aku isi ikan gupi tu.. Mana la aku tak hangin satu badan.. Kita ni dok beria-ia la jaga.. Tup-tup dia datang dan dengan selambanya dok lepak dalam pasu bunga tu..




Mak aku kata nak sembelih ayam ni.. Elok la sembelih.. Penat aku dok jadi tukang halau ayam je.. Bila halau, dia lari.. Lepas tu tak sampai setengah jam, dia datang balik.. Datang pulak dengan laki dan ipar duai dia.. Pastu, boleh pulak dorang nak buat sarang kat atas peti tv kat luar ni.. Siap tinggalkan taik dia kat atas lantai tu.. Eiii.. Geram sungguh.. 


p/s: Rimas tengok... 

2 comments:

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^