Pages

Tuesday, October 22, 2013

Dua-dua berguna...

Assalamualaikum...

Dua-dua berguna...


Aku punya yang kecil tu manakala yang besar tu kepunyaan anak buah aku.. Lepas dia graduate master dia hari tu, terus dia letak kamus tu kat rumah aku ni.. Lepas tu main letak macam tu je.. Takde la nak pergi simpan elok-elok kat rak buku.. 


Aku yang nampak ni, terus ambil dan simpan kat rak buku aku.. Boleh jugak aku gunakan.. Nak beli sendiri tak mampu.. Kalau yang kecil tu boleh la aku beli.. hehe.. Budak sekarang bukannya tau nak sayang harta dia.. Lebih-lebih lagi bukan beli guna duit dia.. Kesian kat mak ayah yang bersusah-payah mencari duit nak beli itu-ini.. 




Kamus Oxford Fajar yang besar ni siap ada contoh ayat dalam BI-BM.. Boleh dijadikan panduan untuk kita membina ayat.. Sangat sesuai untuk orang macam aku.. Bukan apa, aku ni boleh je baca dan boleh faham ayat dalam BI.. Tapi bila bab nak mencipta ayat, itu yang menjadi masalah.. Habis semua grammer lintang-pukang aku kerjakan.. huhu..


Aku ni bab nak gunakan past tense, future tense dengan present tense ni memang la fail... *sia-sia je jadi best student in English masa sekolah menengah dulu.. Mungkin aku boleh cuba belajar kat sini..  


p/s: Asyik baca novel Melayu je.. Apa kata baca kamus pulak.. hehh.. hehh.. hehh...

1 comment:

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^