Pages

Wednesday, October 23, 2013

Cara nak buat dan jahit beg..

Assalamualaikum...

Cara nak buat dan jahit beg..


Kali ni aku nak kongsikan cara nak buat dan jahit beg.. Beg ni boleh digunakan sebagai bekas untuk isi alatan tulis, mekap, dijadikan sebagai dompet untuk pergi pasar dan sebagainya.. Ada tiga cara yang boleh digunakan.. Terpulang pada kehendak masing-masing yang ingin mencuba.. Dia punya asas tu sama je.. Cuma finishing tu je yang berbeza..


Oh ya, kali ni aku cuma gunakan kain cotton biasa dan aku cuma jahit guna jahitan tangan.. Aku cuma nak buat contoh dan tunjuk cara nak buat sahaja.. Siapa yang nak buat betul-betul, disarankan agar menggunakan kain heavy cotton dan jahit mesin.. Kain heavy cotton ni memang kain yang dikhaskan untuk buat beg sebab ianya kuat dan tahan lasak..

-1-
Kita perlukan dua keping kain yang sama saiz dan sehelai zip.. Saiz kain dan saiz zip adalah mengikut kesesuaian yang dikehendaki..


 -2-
Kemudian lipatkan 1/2 inci pada kedua-dua helai kain dan gosokkan kedua-dua lipatan tadi untuk dijadikan tapak zip...


-3-
Penitikan zip.. Pastikan kedudukan kedua helai kain sama rata..


-4-
Jahit zip.. Siapa yang takde mesin jahit dan nak belajar, boleh jahit dengan jahit tangan.. Gunakan jahitan jelujur dan jahit rapat-rapat..


-5-
Kemudian, lipat dua dan jahitkan pada bahagian bawah kain.. (yang ada peniti tu..)


-6-
Lepas tu, gosokkan pada lipatan tadi untuk hasil yang lebih kemas.. Kemudian, jahitkan bahagian kiri dan kanan kain..


-7-
 Sebelah yang ada zip ni kena jahit satu, satu... Maksudnya, jahit sebelah kiri dulu, matikan jahitan dan lepas tu jahit yang sebelah kanan pulak.. Pastikan zip rapat dan kepala/pemegang zip tu keluar sebab nanti senang nak tolak zip tu ke bawah masa nak terbalikkan beg.. (Jika nak jahit teruspun boleh tapi pastikan zip diturunkan ke bawah sedikit.. Kalau zip tak turun, nanti susah nak terbalikkan beg..)


-8-
Beginilah rupanya beg yang telah siap.. Ni cara yang pertama..


-9-
 Cara yang kedua, lipat dua kain dan jahitkan pada bahagian bawah, kiri dan kanan kain...


-10-
 Terbalikkan kain tadi dan beginilah  hasilnya..


-11-
 Cara yang ketiga, rujuk pada gambar nombor 9. Kemudian, buatkan bucu pada sudut beg.. Pastikan tulang atau bahagian jahitan kat tengah tu sama paras.. Tengok jahitan yang kat jari tu.. 


-12-
Jahitkan setiap bucu ikut ukuran yang dikehendaki.. Pastikan ukuran sama besar.. Lebar bucu ni nanti akan jadi tapak beg..


-13-
 Jika nak nampak kemas, bahagian bucu yang kat dalam tu boleh la dijahit agar tidak mengganggu ruang..


-14-
 Baginilah rupa tapak beg tadi..


-15-
 Ini beg yang sudah siap... 


-16-
Dan boleh la diisikan dengan barang keperluan..


Kalau ada yang nak buat beg telekung, ataupun beg balik kampung, boleh gunakan cara yang kedua ataupun yang ketiga.. Cuma kena gunakan saiz kain yang lebih besar, kain yang betul-betul tebal dan zip yang bersesuaian. Tali beg tu boleh la jahit kat atas.. Tapi kalau nak lebih tahan, digalakkan jahit tali beg merentangi bahagian bawah/bontot beg supaya tali tu kuat untuk menampung bebanan.. Ini terpulang pada kreativiti masing-masing la ya..


Boleh juga rujuk pada link kat bawah ni..

  1. http://kakazz.blogspot.com/2013/10/cara-menjahit-beg-baju.html
  2. http://kakazz.blogspot.com/2013/10/cara-nak-buat-beg-baju-lagi-jangan-jemu.html
  3. http://kakazz.blogspot.com/2013/10/cara-nak-buat-bunga-menggunakan-kain.html


Seperti biasa, sila klik pada gambar untuk pencerahan.. Terima kasih.. :)


p/s: Selamat mencuba ya.. 

No comments:

Post a Comment

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^