Assalamualaikum...
Scone yang tak menjadi... huhuhu...
Siapa pernah buat scone..? Nak mintak resepi boleh tak..? Kat google banyak je resepi scone ni tapi kalau boleh aku nak resepi dari orang yang dah pernah buat sebab nanti senang nak tanya itu ini.. Kalau setakat resepi google, macam mana nak menjawab pertanyaan jika diri sendiri tak pernah membuatnya..
Malam tadi aku cuba buat scone ni.. Aku ikut resepi dari majalah.. Masa mula-mula adun tu aku dah terasa macam ada yang tak kena.. Tapi aku teruskan jugak.. Sampai ke satu tahap, aku kurangkan sikit satu bahan ni sebab aku tengok adunan tu dah berair semacam je.. Aku fikir, kalau aku ikut sukatan tu, nanti jadi lempeng pulak scone aku tu.. huhuhu..
Sudahnya, scone aku dah macam rupa cekodok bantat.. Dah la keras kejung, liat pulak tu.. Tapi masih boleh makan la tapi kena pastikan gigi tu tajam macam gigi ikan piranha.. kehkehkeh.. Nak tempek gambar scone tu pun aku teramat la segan. hahaha.. Tapi tempek la jugak.. Tak kan nak tempek gambar kuih yang menjadi je.. Nampak sangat la takut dengan bayang-bayang sendiri.. hehh..
Ni kalau baling kat hidung SRK, konpem patah tulang hidong kawan tu.. hehehe...
Ni la padahnya jika tak pernah makan scone.. Tengok scone secara live pun tak pernah.. Kalau dah pernah makan, boleh jugak bayangkan macam mana nak membuatnya masa mengadun bahan tu.. Ni dok pandai-pandai ejas sendiri je.. Kan dah kena.. huahuahua... Lepas tu baru la gelabah menggoogle.. hihi...
Rupanya ada banyak jenis scone ni.. Pastu boleh dimakan dengan jem ataupun cream.. Ada yang kata boleh cicah dengan air kopi.. Biar betul.. haha.. Kalau macam ni, boleh la aku keluarkan jem blueberry aku tu.. Konpem laju je anak-anak buah ni makan.. hihihihi..
Aku dah letak jem bluberry kat tengah-tengah tu.. Harap-harap dorang suka la. Kalau takde siapa yang suka, nanti siapa yang nak makan... huhuhu..
p/s: Pengalaman membuat tu yang penting.. Walaupun dilemparkan dengan kata-kata sindiran, senyum tu tetap ada.. Siap gelak-gelak lagi... wakakakakaka... Anggap je sindiran tu sebagai satu motivasi... hohohoho..
UPDATE...
____________
Terima kasih pada Azie Surip atas perkongsian resepi scones ni.. Resepi roti dulu pun aku ikut resepi dia jugak..
Nota:
1) Scones ni selalunya dimakan samada dengan jem ataupun cream ataupun kedua-duanya sekali.. Sebab tu takde gula dalam resepi ni..
2) Susu segar yang 3/4 cawan tu boleh digantikan dengan cream..
3) Egg wash tu ialah campuran kuning telur dan susu segar.. Campuran ni kena pekat.. Kalau cair nanti dia meleleh dan scones jadi tak cantik..
p/s: Sekali lagi terima kasih banyak-banyak untuk Azie dan Haslina yang sudi berkongsi resepi.. Ada jugak orang yang sudi menjawab pertanyaan aku.. Alhamdulillah.. Moga Allah murahkan rezeki kalian.. Amin..
UPDATE..
~~~~~~~~~
Jumpa video nak buat scones ni kat Youtube..
Boleh la refer kat sini je nanti...
Bagus omputih ni, tak kedekut ilmu.. hehhh..
Jumpa video nak buat scones ni kat Youtube..
Boleh la refer kat sini je nanti...
Bagus omputih ni, tak kedekut ilmu.. hehhh..
Apo bondo alah scone tu azz..akak tak tau pun
ReplyDelete