Pages

Sunday, July 7, 2013

Biskut asam manis..

Assalamualaikum...

Biskut asam manis..


Masa ni aku tengah dok belek-belek buku resepi aku. Lama dah buku ni. Maklum la, masa zaman aku dulu internet ni takde lagi. Semua benda pakai tulis kat buku je. Rasanya banyak buku resepi yang aku buat samada yang aku lekatkan dengan resepi dari keratan yang ada dalam surat khabar ataupun yang aku tulis tangan. Tapi setakat ni, hanya satu ni je yang aku jumpa.. Yang lain-lain tu entah ke mana lesapnya..



Tarikh resepi ditulis ialah pada 31/10/98.. Tak ingat ambil resepi ni dari mana.. Masa ni tulisan tangan aku boleh dikira 'cantik' lagi la.. muahahaha...


Okay, itu mukaddimah dia.. Ni nak bagi resepi biskut asam manis ni pulak. Aku belum pernah cuba buat biskut ni. So, siapa yang rasa nak buat, silakanlah buat ya.. 


Bahan-bahan:

1 cawan butter
3/4 cawan gula kastor
2 biji telur
1 sudu makan susu pekat manis
3 1/2 cawan tepung jagung
7 bungkus asam manis - diramas manja.. 
1 sudu teh esen vanilla 


Cara membuatnya:

1) Pukul butter dan gula hingga kembang.

2) Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul lagi.

3) Masukkan pula susu pekat manis dan esen vanilla.

4) Kemudian, masukkan pula tepung jagung. Gaul rata.

5) Akhir sekali barulah dimasukkan asam manis yang diramas manja tadi. Gaul biar adunan sebati.

6) Bentukkan ikut suka dan bakar hingga masak.


Gunakan cawan yang sama untuk sukat bahan. Jangan pulak guna cawan A untuk sukat tepung, lepas tu guna pulak cawan B untuk sukat gula.. Nanti lain pulak jadinya... Aku biasa sukat guna cawan arcoroc lama yang jernih atau warna coklat tu je.. 2 cawan tu sama dengan 250 gram.. Tapi itu untuk sukatan bahan kering seperti tepung dan gula. Kalau untuk butter, 1 cawan arcoroc tu sama dengan 250 gram.. Aku dah pernah cairkan butter dan lepas tu masukkan butter cair tadi ke dalam cawan arcoroc tersebut.



Keladi ni tak gatal kott...

Assalamualaikum...

Keladi ni tak gatal kott... 


Aku tak pasti samada pokok ni spesis keladi ataupun bukan. Tapi kat sini, rata-rata orang panggil keladi. Tak kira la jenis daun tu macam mana, totap dipanggil keladi jugak.. Layankan aje la sebab dah namanya masing-masing tak tau... ehehh...


Bila aku tanya atok google, ini jawapan untuk keladi ni..  Mereka semua ni termasuk dalam kategori aglaonema.. Takde kena-mengena dengan keladi tapi untuk entry ni, aku teruskan aje la sebut keladi.. hikhikhik... 




Aglaonema boleh menyerap pollutant di udara, bermakna boleh purify the air.. Jadi, siapa yang kat rumah dia ada perokok tegar, eloklah tanam banyak-banyak pokok macam ni.. Biar pokok tu sedut racun rokok tu.. huhuhu...




Tak pasti pulak samada keladi ni jenis berbahaya ataupun tidak. Yang aku tau, ada satu keladi hutan tu yang dikatakan beracun getahnya. Haaa, keladi tu dah habis aku buang dah walaupun daunnya memang cantik. Risau jugak bila anak-anak buah balik sini sebab dorang rajin petik daun pokok bunga aku tu untuk buat sayur masa main masak-masak. Budak-budak perempuan la pulak, kan... Masa kecil rajin main masak-masak.. Bila dah besar, nak masak nasipun malas... ehehh...




Hari tu semua pokok keladi ni terbiar sebab aku malas nak jaga.. Lagi satu, aku hilang mood bila ada orang yang pergi angkat dan alih pokok aku ni kat tempat lain. Lepas tu letak kat tempat panas pulak tu. Lama aku buat tak tau kat pokok ni semua sebab marah dan geram. Aku memang tak suka bila ada orang yang 'kacau' kerja aku. 




Sekarang ni sejak aku join grup tanam pokok tu, aku kutip balik pokok aku ni dan bela semula.. Bila dah naik cantik macam ni, sayang pulak nak buat tak tau je.. So, setiap pagi atau petang, aku akan tengok-tengok dorang semua.. Harap-harap lepas ni jangan ada yang alih pokok aku ni kat tempat lain... 




Pokok keladi yang dalam dua pasu kat bawah ni baru je semai.. Baru je mintak kat jiran sebelah.. Dah lama dah dia nak bagi tapi disebabkan masa tu mood menanam takde, aku biar je dulu.. Tadi tu kiranya pergi tuntut balik la.. hehe.. Pokok diapun dah merimbun dah.. Tu yang dia bagi empat batang tu...




p/s: Gatal keladi boleh dicuci. Lama-lama nanti hilanglah gatal tu. Gatal manusia...? Entah, tak boleh nak komen banyak.. Takut terbalik kena kat diri sendiri.. Haru je nanti.. Lebih baik jaga lidah, jangan bagi gatal dok cakap yang bukan-bukan.. huhuhu...