Assalamualaikum...
Sukatan menggunakan cawan...
Aku selalu keliru bila masuk bab sukat-menyukat atau timbang-menimbang bahan untuk buat biskut atau kek atau apa sahaja.. Mata ni punya la buntang tak kelip-kelip untuk pastikan jarum penimbang tu statik dan tepat.. Kadang-kadang tu naik pedih jadinya.. Lebih-lebih lagi jika sukatan tu tak berapa nak genap seperti 125 gram, 225 gram dan sebagainya.. Kalau sukatan tetap macam 250 gram, 300 gram dan seterusnya tu masih boleh tahan la mata ni nak tengok..
Kadang-kadang ada juga resepi yang sukatannya menggunakan cawan.. Tapi cawan ni ada macam-macam saiz. Ada yang kata satu cawan sama dengan 250 gram. Tapi tak tau besar mana cawan yang digunakan..
Atas dasar ingin tahu, akupun cuba la jadi tukang sukat untuk tepung dan gula.. haha.. Aku ambil dua biji cawan arcoroc peten zaman tok kaduk yang mak aku punya dan mulakan eksperimen menyukat.. Cehh.. Banyak la ko punya eksperimen..., hakhakhak...
Aku dapati sukatan untuk dua cawan arcoroc lama ni adalah sama dengan 250 gram.. So, kalau nak sukat tepung atau gula, guna je cawan ni.. Sukatan kena ngam-ngam.. Tak nak lebih atau kurang.. Sama paras dengan mulut cawan tu.. Sukatan ni untuk yang genap je.. Kalau nak guna untuk sukat 3/4 cawan atau 1/2 cawan, pandai-pandai la adjust sendiri.. huhuhu...
Lepas tu, dengan menggunakan batang sudu atau apa saja, jolok tepung atau gula dalam cawan tu untuk mengelakkan adanya ruang kosong. Kalau ada ruang kosong, bimbang nanti sukatan tu kurang.. Tapi jangan dipadat-padatkan pulak tepung atau gula tu.. Bimbang nanti terlebih sukatan la pulak, kan.. Buat je macam biasa.. Just ketuk-ketuk sikit je cawan tu dengan jari nak bagi tepung atau gula tu turun..
p/s: Kalau rasa macam tak percaya je dengan hasil eksperimen aku ni, jangan la ikut.. Guna je penimbang tu.. Kang kalau tak jadi lak kuih atau kek korang, aku pulak yang dipersalahkan.. Biasa la kan, orang kita ni kan memang jenis suka menyalahkan orang lain.. hehh...
2 Tukang Tembak:
saya pun suka sukat guna cawan je...pernah saya sukat guna timbang,kemudian saya ambil cawan sukat balik,esok2 kalau nak buat kuih tu lagi,guna cawan je...
Ummiarissa Mahdi>
Kadang2 ada sukatan yang kata satu cawan sama dgn 250 gram.. Pastu bila kita timbang balik, tak sampaipun.. Maybe cawan yang digunakan tu cawan besar kott...
Post a Comment