Assalamualaikum...
Ohh my ikan puyu...
Sejujurnya, aku ni bukan la jenis manusia yang rajin nak mencuci akuarium ikan puyu kat rumah ni. Aku suka tengok ikan tu kat dalam akuarium. Aku rajin bagi dorang makan. Tapi bab nak mencuci rumah dorang ni, tersangatlah malasnya.. hehh...
Tapi semalam tak tau kenapa, tiba-tiba je angin rajin aku datang. Aku keluarkan air yang dah kotor tu sampai tinggal sikit je, then aku terus je masukkan air direct dari kepala paip.. haha.. Tawakal je la kalau ikan tu mati.. Opkos la kena masukkan dia punya anti-klorin. Lepas tu masukkan sikit pewarna biru ni.. Konon-konon nak bagi suasana macam air laut la.. hehe...
Dulu ada jugak bela macam-macam ikan hiasan.. Tapi dek kerana asyik mati je, dah malas dah nak membela.. Tukar je bela ikan puyu ni.. Ni pun dah berapa kali mati.. Dua hari lepas, dua ekor ikan puyu ni mati berturut-turut.. Lepas tu ada pulak sekor yang terlepas keluar.. Tup-tup tengok dah ada kat dalam bilik air. Mujur aku cepat tangkap.. Kalau tak dah selamat dah jadi mangsa si Popok sebab dia dah terkam dulu dah..
Silakan layan video puyu kat bawah ni ya... Itupun kalau rajin la nak melayan.. Kalau tak rajin, tak payah layan la.. Banyak lagi kerja lain nak buat, ya tak... hehhh.. Gambar video ni asalnya gelap sikit tapi pihak Youtube bermurah hati nak 'repair' kasi terang..
Akuarium ni kosong, takde hiasan.. Cuma ada beberapa biji guli dengan seketul batu je kat dalam tu... Ikan puyu ni suka main guli..