Pages

Thursday, September 26, 2013

Banyak ni je dah seratus lima puluh..

Assalamualaikum...

Banyak ni je dah seratus lima puluh..


Pagi tadi aku ke bandar atas urusan biasa.. Lepas tu beli la serba sedikit barang berkaitan dengan jahitan.. Takde la banyak manapun barang yang aku beli.. Satu beg plastik je... 


Mula-mula aku suruh tokey tu kira barang yang betul-betul aku perlukan macam benang, zip dan getah seluar.. Lepas tu barulah aku suruh dia kira harga semua manik dan ram tu.. Bukan apa, aku takut duit aku tak cukup je.. huhuhu.. 


Bila dah campurkan semua harga, jumlah semua sekali adalah seratus lima puluh ringgit.. Mujurlah duit mencukupi.. Ngam-ngam ho maaa.... Nak beli air mineralpun tak lepas... adehh... Mujur la jugak ada bawak air masak dari rumah.. ehehh..


Mak aku cakap, ram tu bosa kuman.. hehe...


Inipun dah banyak dia kasi diskaun dah ni sebab aku regular kastemer dia.. Lagipun selalunya aku beli barang asas je tapi kali ni aku beli banyak manik..




Aku cakap kat tokey tu yang aku tak nak benang dua ketul ni sebab tak cukup nak masukkan dalam satu kotak.. Dalam satu kotak, ada sepuluh ketul benang. Kalau satu kotak, senang nak kira harga pukal.. 


Pastu lepas tokey tu kira semua, diapun cakap la kat aku, "amek la yang ni sekali..".. Terkejut la jugak aku.. Lepas tu akupun cakap la kat dia, "ehhh, terima kasih laaa banyak-banyak.. Ni kalau orang Melayu, dia cakap alhamdulillah, murah rezeki awak...".. Pastu diapun cakap, "tau tau tau...".. hehe..


p/s: Alhamdulillah.. Ni kira rezeki jugak ni walaupun cuma dapat dua ketul benang percuma.. Bukannya aku ada mintakpun.. :)

Masa untuk mengumpul saham...

Assalamualaikum...

Masa untuk mengumpul saham...


Kata orang: Perkara yang baik, eloklah dipanjang-panjangkan kerana berbuat baik itu sangatlah dituntut.. Molek la kiranya diberitahu kepada orang lain.. Dan anda pasti menjadi orang yang hebat jika anda mampu berbuat baik sesama makhluk Allah.. 


Oleh itu, marilah kita sama-sama menderma walaupun sedikit kerana yang sedikit itu jika dikumpul, pasti akan menjadi bukit.. Jangan pulak kumpul sikit tapi gali banyak.. Memang tak menjadi la bukit tu nanti.. Dia akan jadi lubang terus.. huhuhu...


Boleh menderma kat akaun Maybank ni. Nombor akaun ialah 5621 0663 1155 atas nama Persatuan Hospital Tanpa Sempadan Kuala Lumpur..

Sila kilk pada gambar untuk paparan lebih jelas..


Kata nabi: Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Setiap orang wajib melakukan sedekah saban hari selagi matahari terbit. Antara lain, mendamaikan antara dua orang yang bersengketa, itupun sedekah. Dan bila orang membantu menaikkan seseorang ke atas kenderaannya, itupun sedekah. Atau dia angkut barangnya ke atas belakang kenderaan, itupun sedekah. Dan menyingkirkan duri dari jalan, itupun sedekah. Dan berkata baik-baik, itupun sedekah. Bahkan setiap langkah ketika ia berjalan untuk melakukan solat, itupun sedekah." (Riwayat dari Ahmad)




p/s: Apa tunggu lagi, cepat-cepat la menyumbang.. Gajipun dah masuk dah, kan... Jangan fikir panjang-panjang.. Lagi panjang masa berfikir, lagi mudah setan 'cucuk jarum'.. Setan memang tak suka kita buat baik.. Sudahnya, terus tak jadi nak menyumbang... ehehh...