Assalamualaikum..
DIY: Jemput duduk.. hehh..
Masa tunggu keputusan SPM bertahun-tahun dulu, aku suka buat kerja-kerja berkaitan kraf ni.. Lagipun masa kelas lukisan, cikgu ada ajar macam-macam. Antaranya buat model rumah daripada pencungkil gigi, buat seni khat, buat tanglung, buat buku skrap *bukan getah sekerap ya. hehh.., buat sebuah buku cerita kanak-kanak dari proses menulis cerita hinggalah kepada proses mencantumkan muka surat buku tu dengan gam dan macam-macam lagi.
Tapi buat kerusi meja menggunakan sepit kain kayu ni takde diajar kat sekolah.. Ni aku cuba-cuba sendiri je.. Aku juga pernah buat vas bunga daripada sepit kayu ni tapi sekarang dah tak ingat dah macam mana nak buat.. huhuhu..
Jom tengok proses pembuatan set kerusi ni daripada penyepit kain kayu tu.. Modalnya murah je.. ahahh.. Yang mahal tu masa yang diperuntukkan..
Nampak macam senang je nak buat tapi agak susah jugak nak bagi penyepit kayu tu melekat antara satu sama lain.. Mungkin gam Uhu tu tak berapa kuat.. Sepatutnya guna gam gajah lagi kuat tapi gam gajah ni panas.. Kalau terkena kat jari, susah nak tanggalkan..
Ni pun makan dua hari jugak la aku nak siapkan.. Asyik terkucil je kaki kerusi tu.. Kena tunggu gam betul-betul kering dan kuat baru sambung gam bahagian lain..
Aku saja je buat sebagai koleksi DIY aku.. Siapa yang minat dengan kerja kraf macam ni, boleh la cuba buat untuk dijadikan hiasan dalam almari.. Kalau sapu varnis lagi cantik.. hehh..
p/s: Suka-suka je...
No comments:
Post a Comment
Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..
^__ahak__^