Pages

Friday, January 24, 2014

Isu kedekut...

Assalamualaikum...

Isu kedekut...


Pernah tak kita dilabelkan atau di-cop sebagai kedekut oleh orang di sekeliling kita..? Apa yang kita jawab bila orang kata kita kedekut..? Apa yang buatkan orang kata kita begitu..?


Kedekut ni ada macam-macam cabang jugak.. Ada yang kedekut ilmu.. Ada yang kedekut duit.. Ada yang kedekut harta benda.. Ada yang kedekut masa.. Ada yang kedekut kudrat atau tenaga sedangkan dia sihat walafiat je fizikalnya.. Malahan lagi teruk, ada yang kedekut untuk berdoa.. Suruh orang doakan kita tapi kita sendiri malas nak berdoa untuk diri sendiri.. huhuhu..


Pada aku, kedekut ni biarlah berpada-pada dan kena pada tempatnya.. Sebelum kita nak kata atau labelkan orang itu kedekut, orang ini kemut, kita tanya dulu diri kita kenapa orang kedekut dengan kita..? 


Pepatah Melayu lama ada mengatakan; buat baik dibalas baik.. Jika kita sendiri tidak kedekut kepada orang lain, baik dari cabang mana sekalipun, insyaAllah, orang lain juga tidak kedekut dengan kita.. Jika nak menyumbang tenagapun kita berkira, agak-agaknya ada tak orang yang nak menghulurkan bantuan kat kita di kala kita memerlukan bantuan tertentu..?


أَتَأۡمُرُونَ ٱلنَّاسَ بِٱلۡبِرِّ وَتَنسَوۡنَ أَنفُسَكُمۡ وَأَنتُمۡ تَتۡلُونَ ٱلۡكِتَـٰبَ‌ۚ أَفَلَا تَعۡقِلُونَ

Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal? -Surah Al-Baqarah: Ayat 44..


Moral of the story, jangan sesuka hati nak kata orang lain kedekut sedangkan pada hakikatnya diri sendiri yang malas dan kedekut untuk turut sama menyumbang.. Rajin meminta tapi bila dah dapat apa yang dipinta, tak tau nak ucap terima kasih.. 


p/s: Kita tau akan satu-satu perkara tapi bila ada yang bertanya, kita buat diam je, buat tak tau, buat tak nampak, malas nak jawab.. Itupun kira kedekut jugak tu.. huhuhu...

3 comments:

  1. pernah kena cop kedekut oleh sedara mara sendiri sebab pesan kat anak suruh habiskan makanan.. boleh? kelakar gila..

    ReplyDelete
  2. betulll...sebelum kata org kedekut tgk diri sendiri dulu...mgkin kita sendiri kedekut tnpa sedar

    ReplyDelete
  3. Rasa satu cara untuk kita kurangkan perasaan camtu untuk buat something tanpa mengharapakan balasan. Layan orang atau tolong orang atau bagi something dekat orang sama macam orang nak layan kita.

    Sebab memang kita buat macamne pun takkan boleh puaskan hati semua pihak kan.

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^