Assalamu'alaikum...
Di hujung sana tempatmu...
Masa dalam pasu, hidupnya lesu.. Umpama hidup segan tapi mati tak mahu.. Kusam, suram dan tidak berseri.. Bunga banyak yang gugur layu sebelum sempat mengembang.. Malahan putik bunga juga mudah menjadi hitam.. Letak bajapun tak jadi apa.. Sekejap je nampak sihat, lepas tu mula sakitnya datang melarat..
Akhirnya, aku gigihkan jari jemari mangangkat pasu yang besar itu.. Dan kemudian alihkan pokok melur ni ke atas tanah.. Habis dia punya ranting aku gondolkan.. Cuak jugak takut pokok ni mati namun tawakal aje la.. Usaha dah buat atas nasihat dari kawan-kawan kat grup berkaitan... Kata mereka, jika dah letak bajapun tak jadi apa, disarankan agar tukar je tanah baru.. Mungkin tanah yang sedia ada dalam pasu tu sudah tercemar..
Kini, alhamdulillah.. Pokok melur aku tu semakin menyuburkan diri.. Daun yang baru dah mula keluar dan tampak berseri-seri.. Putik bunga juga dah mula menampakkan diri dan berjaya mengembang dengan membawa haruman mewangi...
p/s: Betul jugak apa yang ada dalam lirik lagu bunga melur tu ya... Memang nak kena letak kat hujung laman gamaknya bunga melur ni.. hehh..
No comments:
Post a Comment
Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..
^__ahak__^