Pages

Saturday, September 6, 2014

The Unsung Hero: Review nan seco'et...

Assalamu'alaikum...

The Unsung Hero: Review nan seco'et...  

Semalaman aku tak tidur semata-mata untuk tahu kesudahan kisah Blackswan dan Deraman.. Akhirnya berbaloi juga perjalanan yang panjang ini.. Jika ilmu yang dicari, maka ilmu itulah yang akan ditemui..


The Unsung Hero
On 105 of 1156 pages: Jauh lagi perjalanan yang harus ditempuhi untuk sampai ke destinasi.. Namun, aku masih lagi bersabar dalam menyusuluri perjalanan yang panjang ini.. :)





Buku yang tebal tapi tidak jemu untuk membaca hingga ke akhirnya.. Tak sedikitpun terkuit jari pada helaian di belakang sekali.. Betapa sabarnya aku menanti.. Thumbs up untuk diri sendiri... heeee...


The Unsung Hero
On 132 of 1156 pages: Ekekekeke.... Mengekek gelak sorang-sorangg... adoyaii...


Mujur juga penulis sediakan glosari... Jika takde glosari tu, aku baca ikut kefahaman sendirian berhad je la.. ahahh..


On 220 of 1156 pages: Berhenti bukan sebab dah senja.. Tapi sebab air mata tak putus-putus meleleh.. Sedihnya la haiihh.. sreett... sreet...

Cuma tertanya-tanya di hati, siapakah gerangan orang yang sepatutnya berada di Sabah..? Hati seperti boleh mengagak cuma cuak tu tetap ada.. Mungkin ada part yang aku terlepas pandang.. Maklum la, baca dengan keadaan sekejap mata pedih dimasuki habuk dan sekejap lagi mata ritip mengulum senyum.. hehe.. 


On 300 of 1156 pages: Kehkehkeh... amekaawwww... haha..

Wajib kena ulang baca berulang-ulang kali untuk lebih pemahaman.. ahahh...


"Aku tak kesah mereka nak kaya macam mana. Tapi janganlah semua benda berkaitan dengan Malaysia kau nak bash. Kau mampu pakai Rolls Royce, kau pakailah. Ni apa nak bash orang yang pakai Proton? Nak bash Proton? Nak bash keluaran Malaysia? Bash polis Malaysia? Semua tak kena. Tapi duduk jugak Malaysia. Hirup jugak udara Malaysia. Buat duit jugak di Malaysia sehingga mampu beli Rolls Royce. Naik kapal terbang. Duduk hotel. Kena rompak, kena tembak, cari jugak polis.." - HERO


p/s: Dan aku rasa lagu Mawar Putih Tanda Perpisahan dari Jamilul Hayat ni sangat sesuai dengan kisah dalam HERO ni.. Meleleh air mata aku dengar lagu ni.. huhuhu...

2 comments:

  1. Salam. Nak tanya deraman tu ada kaitan tak dengan karakter lain novel melur jelita?

    ReplyDelete
  2. Fatin Hanani Mazri:

    Tak tau la.. Kena tanya penulis tu sendiri.. hehe..

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^