Assalamu'alaikum...
Semalam punya cerita.. :)
Ni gambar semalam.. Kitorang masak sama-sama sebab adik nak balik.. Bekalkan dia dan bekalkan sekali untuk anak lelaki dia yang kat kolej tu sebab budak tu tak ikut balik sini.. Sambal tumis petai tu memang kegemaran dorang anak beranak.. Aku memang kureng sikit bab sambal menyambal ni.. hehh...
Ni kat bawah ni takde kena mengena dengan semalam punya cerita.. Tapi nak bebel la sikit.. hehh..
Budak-budak sekarang ni memang susah nak bawak bekal balik ke asrama atau kolej dorang walaupun naik kenderaan sendiri atau dihantar sampai depan asrama/rumah.. Aku dulu sanggup bawak beg yang penuh dengan bekal makanan yang mak masak turun naik bas..
Pertama, sebab dapat jimatkan belanja untuk sehari dua dan yang kedua dapat jamu kawan-kawan makan masakan mak kita.. Jamu kawan makan juga dapat pahala.. Lagi-lagi yang mak kita masak.. Besar hati orang tua tu bila kita sudi bawak balik makanan yang dia masak.. Mak yang 'malas' nak masak bekal untuk anak tu lain cerita la... Yang ni, aku tak nak komen..

p/s: Selalu kena perli dengan pemandu teksi sebab bila dorang angkat beg aku tu rasa berat semacam je.. Dorang tanya; ni bawak balik batu bata ke apa ni.. hahaha.. Aku senyum je la.. hehh.. Semua ini dah tinggal kenangan..
Anak akak x nak bawak bekal ke sekolah pun. Leceh katanya. Tapi kalau maknya tunggu kat kantin sekolah dengan makanan, bukan rapat lagi dia menempel. Adakah kerana faktor jantina?
ReplyDelete