Pages

Thursday, September 18, 2014

Tampal tempayan...

Assalamu'alaikum...

Tampal tempayan...


Tempayan ni besar dan tinggi.. Kalau aku nak menyorok kat dalam tempayan ni pun boleh.. hahaha...





Hari tu isi air dalam tempayan ni.. Isi penuh air tu.. Tapi tak lama lepas tu, tengok air tu dah tinggal separuh.. Rupanya ada bocor tapi tak tau tang mana yang bocor tu.. Nampak air tu menitik kat bawah tu je..


Jadinya, akupun mula la fikir macam mana nak tampal tempayan ni.. Mula-mula tu ingat nak tampal dengan simen je tapi lepas tu fikir balik, leceh la pulak nak bancuh simen tu.. Sudahnya aku masuk stor, cari penampal untuk periuk tu dan akupun tampal la kat tempat yang aku rasa ada kebocoran.. Tak pasti mana satu yang bocor.. Just main tampal je.. hehe... Sebelum tampal tu, aku cedok dulu air yang ada kat dalam tempayan tu biar tinggal sikit je..


Kemudian, aku biarkan seharian tempayan tu tak berisi air sebab nak bagi penampal tu kering.. Lepas tu barulah aku isi balik semula tempayan tu.. Isi penuh.. 


Hari ni dah masuk hari ketiga dan air dalam tempayan tu masih lagi penuh.. Takde pulak nampak air tu menitik ke bawah.. Alhamdulillah.. Boleh la aku gunakan air ni untuk siram pokok bunga..


Aku dah siap masukkan abate dalam 'koncot' kain dan masukkan 'koncot' tu dalam tempayan ni.. Kang kalau takde abate, beranak-pinak pulak sang nyamuk kat dalam tu..


p/s: Agak-agaknya apa benda la 'koncot' tu ya.. hehe..

No comments:

Post a Comment

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^