Pages

Wednesday, October 1, 2014

Main campak-campak je.. hehh...

Assalamu'alaikum...

Main campak-campak je.. hehh...


Hamboihhh...!!! Main campak-campak je ya...! Kasar sangat bunyinya tu.. hehh....


Ni ayat normal bila masuk bab masak memasak.. Tak kan la tak biasa dengar kott... Chef tersohor kat Malaysia ni pun ramai je yang sebut macam tu; kita campak je semua tu masuk dalam periuk.. Pandai dia la nak bergaduh ke, nak bergumpal ke kat dalam tu.. kann... ahahh..


Aku baru siap goreng togey kasar ni.. Dah berzaman tak makan... Takde la berzaman manapun tapi rasanya ada la dalam enam tujuh bulan tak makan.. Al-kisahnya begini...


Semalam pergi bandar. Lepas tu pergi la pasar sebab mak aku nak beli telur itik.. Kemudian, akupun ternampak la togey kasar ni kat gerai sebelah tu.. Terus telan air liur.. Apa lagi, beli la setengah kilo je.. Beli banyak-banyak nanti bukannya ada siapapun nak makan.. Setengah kilo RM1.50.. 






Semalam balik dah penat.. Dah petang pulak tu.. Jadinya, togey ni masukkan dalam peti sejuk dulu... Pagi ni bangun je tidur, terus teringat kat dia.. Disebabkan takut terlupa, maka dengan kadar segera akupun masuk la ke dapur dan bermulalah sesi main campak-campak ni.. hehe.. Mehh aku bagi resepi togey campak aku ni ya... ahahh..


Bahan:

1/2 kilo togey kasar
4 biji kacang botol - hiris (kacang botol tengah banyak kat pokok)
3 keping tauhu - potong dadu
2 biji cili merah - dihiris
2 ulas bawang putih - diketuk
1 labu bawang besar - dimayang
Secekut ikan bilis
1 ketul kiub pati ikan bilis Knorr
Sedikit garam halus
Sedikit lada hitam
Minyak masak untuk menumis


Cara:

1- Panaskan sedikit minya masak dan masukkan potongan tauhu.. Goreng hingga tauhu kekuningan.

2- Kemudian, tolak tauhu ke tepi dinding kuali dan tumiskan bawang putih, cili merah, bawang merah, ikan bilis dan kiub tadi.. Kacau-kacau dan tolak balik semula tauhu tadi ke tengah kuali..

3- Masukkan lada hitam.. Kacau sebati..

4- Masukkan pula kacang botol dan togey tadi.. Kacau-kacau biar rata..

5- Akhir sekali, masukkan garam halus Kacau lagi dan tutup api.. 

*Jangan masak togey terlalu lembik.. 





p/s: Semalam ada beli kari kambing. Jadinya, tak perlu dah nak masak lauk lain lagi.. Cukup la ni.. Habiskan dulu mana yang ada... Alhamdulillah...

3 comments:

  1. kalau mak sy tu, pergi pasar mintak tauge RM 0.50 je.. jarang jumpa org suka makan tauge ni.. tapi sy suke..tambah2 kalau buat macam awk, letak tauhu..sedappp

    ReplyDelete
  2. togey kasar memang kegomaan akak azz..tapi kan..akak suko kepalo e..kalau masak akak buang sumo ekor e..tinggal kepalo yo..kok makan kek kodai..akak gigit kepalo e yo..ekor sumo tinggal lam pinggan hi hi

    ReplyDelete
  3. Alamak, kok togey kasar nie, kurangg sikit. Hehehehe. Togey haluih tu, laju sikit la..

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^