Assalamu'alaikum...
Agar-agar pelangi rekaan sendiri.. :D
Aku baru lepas menerai resepi baru untuk agar-agar ni.. Dulu dah pernah buat agar-agar yang seakan sama tapi yang dulu tu versi agar-agar cermin.. Sekarang ni agar-agar pelangi pula.. Bahan asasnya sama je iaitu jelly.. Resepi ciptaan sendiri, suka hati la nak letak nama apapun, kan.. ahahh...
Kali ni aku masukkan satu cawan susu cair.. Agar-agar kering tu dalam anggaran 20 gram.. Gula pasir satu cawan setengah.. Lepas tu aku masukkan juga satu sudu teh esen perasa strawberry.. Kebetulan esen tu tinggal banyak tu je.. Sukatan air tu aku tak ingat sebab aku main masukkan je air dalam periuk yang dah biasa aku gunakan untuk masak agar-agar ni..
Lepas dah mendidih, aku tuangkan agar-agar pelangi aku ni ke dalam bekas tupperware.. Bila dah agak kurang panas sikit, aku masukkan jelly tu.. Main masukkan je.. Lepas tu biar je agar-agar tu mengeras... Aku tak kacaupun sebab takut nanti jelly tu mencair.. Ni pun dia dah cair sikit dah..
Bila agar-agar dah sejuk, masukkan dalam peti sejuk untuk mengeraskannya.. Kemudian, bila nak potong, terbalikkan agar-agar tadi atas dulang dan nampaklah dia punya warna jelly yang lintang pukang tu.. Dan nampak juga kesan agar-agar yang tak larut sepenuhnya sebab nampak ada kesan jalur-jalur halus tu.. Konon-kononnya seni la, kan.. ahaha...
p/s: Anak-anak buah suka.. Alhamdulillah... Mak sedarapun suka.. hehh..
nak tengok gambo yang dah dipotongggg.... hihihihi~
ReplyDeleteDia punya pelangi tu kat atas tu je GB sebab jelly tu letak sikit je.. Kalau letak banyak, mungkin warna pelangi tu sampai ke bawah.. ahaha..
ReplyDelete