Assalamu'alaikum...
Homemade black pepper mini pizza..
Maaf ya jika ada yang jemu, muak atau meluat tengok entri kat sini.. Tak paksapun suruh baca.. hehh... Mana la tau kot ada yang naik cemuihh dengan entri masak-masak ni.. Aku ni bukanlah nak bajet bagus.. Tak bagus pun.. Sekadar nak berkongsi je.. Selebihnya nak jadikan kenangan di masa akan datang..
Semalam aku buat roti lagi.. Masih menggunakan resepi yang sama tapi aku tambahkan 1/2 sudu teh bread improver sebab nak tengok struktur roti tu macam mana.. Memang lembut sikit la dari roti yang hari tu.. Kali ni aku buat black pepper mini pizza.. Buat roti manis hari tu anak-anak buah macam tak berapa suka..Mungkin sebab dorang tak suka pada jem tu kot..
Yis yang dah kembang...
Tepung gandum + garam + bread improver + telur+planta.. Curahkan yis yang dah kembang tadi dan gaul sebati... Lepas tu lakukan proses pemerapan lebih kurang satu jam atau satu jam setengah atau hingga doh tu naik dua kali ganda dari saiz asal..
Kemudian, timbang setiap doh 50 gram.. Gelek dan cucuk dengan garfu.. Yang dalam cawan sukatan tu untuk contoh.. Bila doh tu dah hampir sampai paras atas cawan tu, boleh la mula panaskan oven dan topping..
Bila doh dah naik, boleh la sapukan kuning telur untuk dapatkan warna yang sekata bila masak..
Lepas tu letakkan sos black pepper.. Pedas ni.. Jangan letak banyak sangat kalau tak tahan pedas...
Dan letaklah bahan hiasan iaitu sosej, mix vege, sos cili dan mayonis.. Kalau bajet besar, boleh la letakkan cheese... Aku punya mini pizza ni takde bajet besar.. hehh...
Lepas tu boleh la bakar.. Aku bakar guna oven letrik Zanussi.. Bakar guna api atas dan bawah dengan suhu 170 C dan bakar selama lebih kurang 18-20 minit.. Lima minit terakhir tu aku gunakan api bawah sahaja sebab nampak bahagian atas tu dah mula coklat...
Video kat bawah ni cara aku uli ikut macam kat website tu.. Bezanya, doh aku sukatan dia berat sekali ganda sebab aku gandakan sukatan bahan.. Dan aku hempas-hempaskan jugak doh tu.. Proses ni aku buat lebih kurang 30-40 minit.. Lenguh weeii lengan aku.. Bertambah naik la muscle aku ni.. ahaha...
Habis semua bergegar.. hehh...
p/s: Sekian entri untuk hari ini.. Harap ada manafaat.. Jika ianya tidak memberi sebarang manafat, abaikan sahaja ya.. Resepi dan cara nak buat roti pizza ni ada kat sini..
No comments:
Post a Comment
Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..
^__ahak__^