Assalamu'alaikum...
Si mat tangga...!
Iya.. Ini si mat tangga.. Bukan si mat bangla atau mat nepal.. Gelaran diberi kerana dia suka sangat kat tangga.. Obses agaknya dengan tangga tu sampai suka sangat tidur kat situ.. Tidur pulak punya la nyenyak.. Lolap manjang.. ahahh..
Dia paling suka tidur kat bahagian tengah tangga tu.. Bak kata orang Negeri Sembilan; tido monyompang jalan.. Maksudnya, tidur tu menghalang jalan orang nak lalu..
Mungkin dia teringat kat Combi sebab masa hayat Combi ada, dorang berdua suka lepak kat tangga ni.. Seekor kat sebelah kiri tangga dan seekor lagi kat sebelah kanan tangga.. Lepas tu kaki depan masing-masing dok main cakar-cakar dari jauh.. haha..
Sekarang dia dah tinggal sebatang kara, tu yang dia lepak kat tengah-tengah tangga tu kot.. Kiranya macam nak conquer tangga tu la.. ahaha.. Sebab tu aku gelar dia mat tangga.. hehh.. hehh.. hehh..
p/s: This is Cullen aka Kulearn yang ensem... hikk hikk hikk..
subhanallah..tengok meow ni tido, rasa tenang hati...comel
ReplyDelete