Pages

Wednesday, January 21, 2015

Dari kabinet ke toyogo..

Assalamu'alaikum...

Dari kabinet ke toyogo.. 


Asalnya semua benda ni aku simpan atau letak dalam kabinet kat dapur manakala toyogo ni pula aku simpan barang-barang jahitan aku.. Lama jugak la barang jahitan tu kat situ..




Cumanya, baru-baru ini aku keluarkan barang jahitan aku dari dalam toyogo tu, keluarkan jugak semua barang yang ada dalam kabinet dan kemudian masukkan dalam toyogo ni.. Manakala kabinet tu aku isikan pula dengan barang masakan aku seperti acuan kuih dan sebagainya.. Jadinya, hanya aku je yang akan buka tutup pintu kabinet tu..


Punca aku buat pertukaran adalah kerana telinga aku sakit bila ada orang yang main hempas pintu kabinet bila nak ambil atau cari sesuatu barang kat dalam tu.. Sekali sekala takpe, tahan lagi telinga ni.. Tapi bila dah acap kali dok macam tu jugak walaupun dah tegur banyak kali suruh tutup perlahan-lahan pintu kabinet tu tapi tak jadi apa, maka aku terpaksa fikir jalan lain untuk panjangkan hayat pintu kabinet aku tu..


Sebabnya, mula-mula telinga je sakit.. Lama-lama hatipun ikut sakit sama.. Ingat murah ke kos buat kabinet..? Bukan duit sendiri yang keluar, memang la tak rasa apa-apa bila pintu kabinet tu kena hempas.. 


p/s: Kadang-kadang geram jugak dengan orang yang jenis tak faham bahasa ni... Sekolah je tinggi tapi attitude..?

4 comments:

  1. Saya suka...saya suka. Bila option satu tak berjaya, kita kena cari option dua pula...hehehe

    ReplyDelete
  2. Aziela..

    Ahaha.. Yang penting, kita orang perempuan ni kena lebih kreatif... Kena ada backup plan.. hehehe..

    ReplyDelete
  3. Demi nak selamatkan pintu kabinet. Memang inilah cara yang sesuai. =)

    ReplyDelete
  4. Penyelesaian terbaik :) nampak kemas dan tersusun

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^