Assalamu'alaikum...
Kreatiflah dalam bersedekah...
Bersedekah ni senang kalau kita kreatif. Tak perlu modalpun tapi pahala dia berganda. Jom tengok antara teknik-tekniknya:
1. Belilah beberapa buah kerusi atau bangku dan letakkan di dalam masjid supaya dapat diguna orang yang ingin memakainya disaat solat (amalan biasa di masjid-masjid arab Mekah dan Madinah)..
2. Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air di luar rumah untuk kucing-kucing yang datang..
3. Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji atau upah jerih payahmu untuk disumbangkan kepada anak yatim dan orang miskin..
4. Sentiasa sediakan wang kecil di dalam dompet untuk diberikan kepada yang memerlukan..
5. Letakkanlah di kamarmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil ke dalamnya. Genap satu bulan, buka kotak itu dan sedekahkan wang tersebut..
6. Jika engkau hadir dalam acara keramaian (keluarga, kerabat atau sahabat), belilah satu atau dua kotak air mineral, niatkan untuk sedekah kepada orang-orang yang memerlukannya (orang tua, sakit, kanak-kanak dan sebagainya)..
7. Jika kamu membeli barang dari peniaga-peniaga kecil kemudian kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah)..
8. Belilah mushaf (al-Quran). Letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yang akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yang membacanya..
9. Berikanlah perasaan gembira kepada setiap orang, khususnya kepada mereka-mereka yangg sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yang tulus..
10. Lemparkanlah senyuman kepada orang yang kamu temui. Berilah salam kepada orang yang duduk dan bertuturlah dengan ucapan yang baik kerana semuanya adalah sedekah..
11. Jangan biarkan engkau tertidur, melainkan telah engkau ampuni setiap orang yang telah berbuat jelek kepadamu dari mengghibahi, mengadu domba dan menzalimimu..
12. Sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibubapa kita, sahabat-sahabat dan kenalan-kenalan kita yang telah meninggal dunia..
13. Kirimkan mesej ini kepada semua kenalanmu. Siapa tahu ada yang mahu mengamalkannya. Moga andapun akan diberi pahala kerananya. ..
Selamat bersedekah..
Sumber asal copy and paste dari sini.. Aku olah balik semula mana-mana perkataan yang berganda dan perkataan yang pendek.. Jika ini satu kesalahan, maaf..
p/s: Banyak lagi cara untuk kita bersedekah.. Nak dengan tak nak buat je.. Tak nak buat mungkin sebab kita tak nampak pahala tu selonggok ada depan mata macam kita nampak duit..
nice syering...
ReplyDeleteMasya ALLAH. kreatifnya dlm bersedekah. sgt besar pengertiannya. sgt mendalam maknanya. sgt hebat pahalanya. ya ALLAH moga kita boleh start dr skg dan selamanya. Thanks for sharing. Sy akan cuba jdkan rutin wajib dlm kehidupan lepas ni. insha allah.
ReplyDeletealhmadullilah....
ReplyDeleteSubhanallah... thanks for sharing :)
ReplyDeleteIndah kan susun atur yang DIA ciptakan untuk kita semua..
ReplyDeletePilihan di tangan kita.. ;)