Assalamu'alaikum...
Dua minggu blog tak update...
Hari ni masuk dua minggu dah blog tak ber-update.. Last update pada 22 Januari iaitu hari Khamis yang lalu.. Lepas tu terus senyap menyepi.. hehh... Pecah rekod rasanya lama tak update blog.. ahahh... Banyak perkara atau benda yang nak diceritakan tapi untuk kali ini, aku ringkaskan je la..
Sepanjang ketiadaan entri baru kat blog ni, aku sebenarnya berada di rumah kakak di Nilai.. Mak aku dapatkan rawatan susulan atau medical check up kat sebuah hospital swasta kat Seremban.. Satu malam kena duduk wad.. Dan akupun kena tidur kat wad jugak untuk satu malam tu.. Dah lama tak tidur kat wad ni sejak umur aku sembilan tahun..
Okay la, aku tepek gambar kat hospital je la ya..
Masa tunggu mak aku jumpa doktor pakar tapi bukan kat bilik ni..
Melihat keluar dari bilik.. Kat depan tu bangunan Jabatan Audit Negara cawangan Negeri Sembilan..
Katil sebelah tu besan mak aku.. Saja kakak aku mintak mak satu bilik dengan mak mertua dia.. Senang sebab dah kenal..
Boleh je kalau nak solat dalam bilik ni tapi aku pilih untuk solat kat surau yang disediakan..
Angkut sekali teman mesra aku ni.. Tapi tak dapat nak sambung baca sebab lepas je keluar dari tandas, tengok bilik dah separa gelap.. Entah siapa yang pergi tutup lampu tu entah la..
Bila la nak siang.. haha...
p/s: Okay la.. Ini je untuk kali ini.. Mohon doakan mak aku kembali sihat seperti sedia kala.. Terima kasih..
Insyaa Allah azz..mak azz ajan sembuh..jangan risau yo.
ReplyDeletesemoga emak cik azz akan sembuh selepas ni insya allah
ReplyDeleteKak Erna dan Nooriah Abdullah...
ReplyDeleteTerima kasih atas doa tersebut.. Mudah-mudahan Allah makbulkan.. Amiinn..