Pages

Thursday, February 5, 2015

Moh ler kita masuk kebun...

Assalamu'alaikum...

Moh ler kita masuk kebun... 

Ini merupakan salah satu aktiviti aku dengan kakak, kakak ipar dan adik.. Kitorang masuk sekejap ke kebun limau kepunyaan kakak dan abang ipar aku ni.. Sebenarnya macam-macam pokok yang ada kat kebun ni tapi yang paling banyak adalah pokok limau kasturi ni.. Kata kakak aku, dalam dua ratus pokok limau kasturi ni ditanam kat kebun tersebut..




Masa dok petik limau ni, teringat pulak aku kat Kak Erna.. Terus je aku call dia, tanya nak limau kasturi tak..? Aku cakap, kalau nak limau kasturi ni, kenalah datang ke rumah kakak.. Memandangkan masa tu dah agak lewat petang, Kak Erna kata mungkin esok je la pergi sebab nanti nak cari alamatpun dah ambil masa.. Lagipun sambil tu nanti boleh ziarah mak aku sekali.. 


Buah limau ni banyak yang dah masak kat atas pokok.. Banyak lagi yang jatuh gugur kat tanah.. Sayang betul menengoknya.. Kakak ipar aku dok potpetpotpet je.. Dia kata macam mana la agaknya kalau limau ni kita bayangkan buah epal macam kat ladang kat Australia tu.. hahaha.. Gelak je aku dengan kakak ipar aku yang sorang ni.. 




Pastu dia potpet lagi.. Kata dia, macam gini la agaknya si Mail masa pergi ladang buah kat Australi hari tu.. Tak tau mana satu nak petik dah.. Tengok kiri, penuh dengan limau.. Tengok kananpun limau sesaja.. Mail tu suami kakak aku yang kat Labis tu.. Sebab tu kakak ipar ni panggil Mail je sebab suami dia abang ngah aku..


Aku kerjakan tak sampaipun dua pokok.. Itupun dah penuh satu baldi.. Lagipun dah petang.. Adik yang bawak kereta tu dah nak balik rumah dia dah.. Lagipun lepas balik kebun limau ni kitorang ada projek lain nak buat kat laman rumah kakak.. Biasalah kalau aku dengan kakak ipar yang sorang ni.. Mesti ada je benda nak kitorang transform-kan.. hikk3..


p/s 1: Terima kasih kat Kak Erna yang bagi aku koleksi novel Creative yang dah lama dia simpan untuk aku.. Terima kasih jugak bagi kuih bahulu, kuih denderam dan kuih apam kulit rambai.. Kuih apam dengan denderam tu dah solosai.. Kuih bahulu ada lagi.. Aku kerjakan sorang-sorang sebab orang lain kurang suka bahulu ni.. Untung aku.. hahahaha..


p/s 2: Percaya atau tidak, inilah pertama kali aku jumpa Kak Erna face to face setelah beberapa tahun kenal dalam dunia blogging ni.. Akupun tak tau macam mana tiba-tiba je aku jadi berani call Kak Erna tu.. Sebab apa, jika nak diikutkan, aku memang segan nak jumpa kawan-kawan alam maya ni.. Tak percaya ke..? Percayalah.. hihihi.. Maaf banyak-banyak ya kak jika ada yang terkurang sana sini..


p/s 3: Seharusnya kena berterima kasih kepada buah limau kasturi ni.. Kalau bukan sebab dia, akupun tak jumpa Kak Erna.. ahahaha.. 

1 comment:

  1. Sama2 kasih azz..apo nak malu an azz..macam dah lamo konal kan
    Raso macam dok sekampung yo.insyaa Allah lain kali boleh jumpo lagi

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^