Pages

Monday, August 31, 2015

This is 'lempeng roll'...

Assalamu'alaikum...

This is 'lempeng roll'...


This is what I call 'lempeng roll'.. Disebabkan aku yang buat lempeng ni dan aku jugak yang deko macam ni dan aku jugak yang create resepi sendiri, maka sesuka hati akulah nak letak nama apa kat lempeng ni.. ahah...





Adunan bancuh macam nak buat kuih ketayap.. Letak garam sikit.. Lepas tu gunakan senduk untuk tuang ke dalam kuali non stick.. Satu senduk dah memadai.. Gelek-gelekkan kuali.. Bak kata orang utara, bagi lenggang..




Bila lempeng dah masak, angkat dan gulung ketika masih panas... Fuuhhh...! Senang nak makan bila dah gulung.. Nampakpun kemas je.. Ambil satu roll, siat dan makan..! 





Makan lempeng dengan lebihan kuah masak lemak cili api ayam semalam yang telah dipanaskan terlebih dahulu.. Yummy...! Lempeng macam ni kalau makan kat tempat 'mewah', harga dia pasti akan ikut mewah jugak.. hehh.. Baiklah buat sendiri..


p/s: Berjimat selagi boleh.. 

Sunday, August 30, 2015

Bag pattern/peten beg...

Assalamu'alaikum...

Bag pattern/peten beg...


Saja aku letakkan gambar peten beg ni kat sini.. Senang untuk aku buat rujukan bila-bila masa.. Gambar pulak saja letak original size.. Biar terang sikit mata aku menengoknya.. Al-maklum la kan, mata orang tua ni dah rabun sikit.. hehe..


Semua gambar ni aku ambil kat page moldesedicasmoda ni..












































p/s: Salute kat orang yang tak kedekut ilmu ni tak kiralah apa bangsa sekalipun.. Orang kita je yang susah sikit nak kongsi ilmu. Takut orang lebih dari dia gamaknya.. Orang macam ni nak kena bagi 'bersih' sikit otak dia.. hehh..

Friday, August 28, 2015

Masak lemak cili padi ikan tongkol bersama dengan pisang muda...

Assalamu'alaikum...

Masak lemak cili padi ikan tongkol bersama dengan pisang muda...


Ni pertama kali aku masak keseluruhan gulai ni.. Sebelum ni cuma jadi pembantu mak aku je.. hehh..


Sebelum memulakan proses memasak, kenalah tanya dulu mak aku, macam mana caranya; pisang ni boleh buat gulai ke tak, ikan ni boleh ke campurkan dengan pisang ni.. Macam-macam la yang aku tanya.. Bukan apa, bila kita tanya sendiri, kita mudah nak ingat.. Mudah-mudahan la ingat sampai bila-bila.. Takut nyanyuk sebelum masanya tiba je.. hehh...


Sebenarnya, pokok pisang ni patah batangnya.. Buah pisang setandan tapi kecil lagi, adalah sebesar jari je.. Kalau tak tebang pokok pisang tu, nanti buahnya lesot atau kecut macam tu je.. Tu yang abang aku tebang terus.. Bagi la kat jiran sikit..





Ni cara nak kopek kulit pisang muda tu.. Aku tak kopek semua.. Aku kopek selang seli.. Bak kato oghang noghoghi; klenset an kulit ehh.. Maksudnya siatkan kulit dia.. Lepas tu belah dua pisang tadi..




Kemudian, aku rendamkan sekejap dalam air garam.. Tujuannya, nak hilangkan getah pisang tu..





Ini santan yang diperah daripada satu setengah biji kelapa...





Lepas tu, lalukan kulit pisang tadi bawah air paip dan masukkan ke dalam periuk.. Sambil-sambil tu selawat la sikit, kan.. hehh.. Masukkan juga asam keping dan cili api yang dikisar bersama kunyit hidup.. Takde kunyit hidup, boleh je masukkan kunyit serbuk.. Tara hal punya laa.. ahaha... Aku masukkan juga sikit kulit pisang yang disiat tu sebab aku lebih suka makan kulit pisang ni jika kena gaya masakannya.. hehe..





Kemudian, kecutkan dulu pisang muda tadi dengan sedikit air.. Jika air kisar cili padi tu dah banyak, tak perlu letak air lagi.. Kacau-kacau dan kecutkan sehingga kulit pisang tu bertukar warna..





Lepas tu masukkan santan dan ikan tongkol...





Dan masaklah macam biasa.. Pastikan kacau kuah tu selalu supaya santan tak pecah minyak.. Kacau hati-hati supaya ikan tak hancur.. (incase guna ikan lain selain dari tongkol..). Biarkan mendidih dan bila pisang dah agak lembut, letakkan garam.. Kacau sedikit dan terus matikan api dapur..





Beginilah hasilnya masak lemak cili padi ikan tongkol bersama pisang muda hasil airtangan aku.. Alhamdulillah... :)





p/s: Sebenarnya, aku nak masak pisang muda ni dengan ikan siakap tapi tersalah keluarkan ikan dari freezer.. Lagipun, ikan siakap tu besar, macam tak seronok pulak nak gulai sebab kat rumah ni aku dengan abang aku je yang makan.. Tunggulah bila ada adik beradik lain yang balik, barulah aku gulai ikan siakap tu.. Bak kata pepatah lama; Hati gajah sama dilapah.. Hati kuman sama dicecah..

Homemade apam balik...

Assalamu'alaikum...

Homemade apam balik...


Ini satu lagi enri yang dah lama terperap dalam draft.. hehh... Gigih mencari resepi untuk cuba buat sendiri gara-gara kecewa apabila beli apam balik di pasar malam dan jagung yang ada dalam apam balik tu sekadar enam biji sahaja...!




Resepi apam balik..

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1 1/2 cawan air
1 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu besar susu tepung
1 sudu teh esen vanilla
Sedikit perwarna kuning

-------

Sebatikan semua bahan dan kacau rata.. Nak blender pun boleh.. Kemudian perapkan dalam masa lebih kurang sejam untuk mendapatkan struktur apam balik yang gebus dan cantik..


Proses pemerapan...


Bahan hiasan apam balik...

Jagung krim dalam tin
Kacang tanah tumbuk/kisar
Marjerin




Kuali apam balik takde.. Guna je kuali ni.. Yang penting gunakan kuali yang tak melekat..




Tabur ikut suka je sebab tak berapa ingat macam mana penjual apam balik tu menabur...


Dan inilah hasilnya homemade apam balik aku.. Sedap la jugak cuma sebab isinya tak tebal, maka ianya kelihatan seperti pancake.. hehe...








p/s: Buat sendiri ni puas hati sebab boleh letak jagung berapa banyak yang disukai.. muahahaha....

Wednesday, August 26, 2015

Cara buat dan jahit jubah ber-lining.. (Lebih kepada bahagian lubang leher..)

Assalamu'alaikum...

Cara jahit jubah ber-lining.. (Lebih kepada bahagian lubang leher..)


Amaran...! Entri kali ni banyak sangat gambar.. Jika tak sabar, sila tekan tanda X kat belah kanan atas komputer masing-masing ya.. Terima kasih.. 


Ni merupakan jubah adik ipar aku yang dah lama sangat tertunggak.. Aku dah cakap kat dia yang aku memang malas sikit nak jahit baju ber-lining ni tapi dia kata jahit je bila-bila aku free.. Makanya, baru sekarang aku potong dan jahit jubah dia tu.. Maaf ya lambat.. hehh...


Ukuran ni saiz S.. Potong kain lining dan kain luar tu macam biasa.. Gambar potong kain takde, lupa nak ambil gambar.. Maaf ya..




Ni kain dia...



Dah siap potong, jahit tepi dulu.. Kemudian tindihkan kedua jenis kain dan jelujur kasar seperti dalam gambar.. Jelujur atas tanda jahitan.. Pastikan kain tidak salah letak/tindih..



Jahit mesin pada hujung lengan kain lining.. (Tiada dalam gambar)



Jelujur juga pada bahagian leher, bahu dan lubang lengan... Juga pada bahagian belahan untuk leher tu supaya kedudukan belahan tu tak lari..



Ni bahagian dalam kain untuk belakang jubah...


Kemudian, cantumkan bahagian bahu dan jahit mesin.. Lepas tu gosok belahan pada cantuman tadi biar kemas.. 




Ketepikan sekejap sebab nak buat proses leher dulu..





Ni cara nak buat pola leher untuk bahagian depan jubah.. Sila rujuk pada gambar ya.. Kat entri yang ini pun ada disertakan tutorial yang sama.. Bezanya, entri ini jubah tanpa lining.. 



Lebar lapik leher adalah 2 inci.. 



Lipat dua dan tandakan dulu dengan kapur pada bahagian belahan untuk leher..


Lepas tu baru tandakan dengan pen supaya tanda tu tak mudah hilang...



Kemudian, buat garisan supaya senang kita nak jahit nanti... Jangan digunting/potong tanda belahan tu.. Biarkan aje dulu macam tu..



Ni pula cara untuk buat pola leher bahagian belakang jubah.. Lebarnya dua inci jugak, sama macam lapik leher bahagian depan tadi..








Okay, habis bab cara nak buat pola leher.. Sekarang ni cara nak lekatkan pola leher tadi pada kain.. Pastikan letak kertas gam pola leher tu mengikut ira kain.. Anak panah hijau tu menunjukkan kedudukan ira kain iaitu ira memanjang.. 





Jangan letak kertas gam pola leher tu seperti gambar di bawah..! Nanti kain lapik leher tu akan menjadi tegang dan tak selesa nak pakai.. Nak jahitpun susah sebab kain tu tak memeri.. Cara ni SALAH, ya..




Balik semula pada cerita tadi.. Penitikan dahulu kertas gam pola leher dan potong kain tersebut..




Lepas tu gosok perlahan-lahan dengan kemas... Dan gunting seperti dalam gambar di bawah.. Lebihan kain tu adalah basi kain untuk dicantum pada badan jubah nanti..




Bila dah siap gunting, jahit tepi dan gosok biar kemas... Nak menjahit, kena rajin menggosok.. Jangan malas dan culas.. hehh..




Lepas tu, penitikan pada bahagian bahu..




Jahit mesin dan gosok lagi pada bahagian belahan depan dan belakang...





Haaa.. Ini  proses nak cantumkan lapik leher tadi dengan badan jubah.. Jelujur kasar dahulu pada bahagian belahan lapik leher dan belahan pada baju.. Sebab tu kena tandakan awal-awal belahan lubang leher tadi.. Pastikan jangan cantum terbalik ya.. Bahagian luar baju kena bertemu dengan bahagian luar lapik leher.. Then baru jelujur...




Beginilah rupanya... Penitikan keliling leher supaya senang nak jahit.. Jika rasa was-was, boleh jugak jelujur dahulu..






Lepas tu, jahit mesin pada bahagian yang telah ditanda tadi.. Kiri dan kanan.. Jangan jahit mesin pada garisan belahan tu sebab yang tu kita dah jelujur kasar tadi.. Ulang jahit dua kali supaya jahitan tu kukuh dan kain tak terburai.. Lepas tu barulah sambung jahit keliling leher..





Gambar bawah ni dah siap jahit keliling leher..




Lepas tu, barulah belah/potong/gunting belahan leher tadi.. Gunting perlahan-lahan ya.. Jangan sampai terbabas.. hehe...




Kemudian, racik-racik kain keliling leher tu seperti dalam gambar di bawah.. Inipun kena buat berhati-hati sebab takut nanti tergunting pada jahitan..




Lepas tu, terbalikkan dan gosok bagi kemas...





Kemudian, tindih dan jahit pada bahagian dalam lapik leher.. 



#####


Gambar bawah ni dah siap jahit tindih... Tengok pada anak panah hijau tu ya.. 



#####


Lepas tu, gosok lagi bagi kemas dan penitikan..





Kemudian, jelujur kasar pada bahagian leher tadi.. Dan akhir sekali tindih mesin pada bahagian yang bertanda anak panah hijau tu... Bahagian belakang tak payah tindih dah sebab tadi kita dah tindih dulu.. *Rujuk pada gambar yang bertanda #####






Dan, boleh la cantumkan bahagian badan serta tangan baju.. Cantum macam biasa.. Bahagian baju jubah ni aku jahit asing-asing tapi bahagian tangan dia tu aku jahit sekali...





p/s: Selesai sudah satu entri yang panjang.. Harap korang faham la ya dan selamat mencuba.. Yang penting, kena banyak bersabar dan jangan gopoh.. heee...