Pages

Friday, August 28, 2015

Masak lemak cili padi ikan tongkol bersama dengan pisang muda...

Assalamu'alaikum...

Masak lemak cili padi ikan tongkol bersama dengan pisang muda...


Ni pertama kali aku masak keseluruhan gulai ni.. Sebelum ni cuma jadi pembantu mak aku je.. hehh..


Sebelum memulakan proses memasak, kenalah tanya dulu mak aku, macam mana caranya; pisang ni boleh buat gulai ke tak, ikan ni boleh ke campurkan dengan pisang ni.. Macam-macam la yang aku tanya.. Bukan apa, bila kita tanya sendiri, kita mudah nak ingat.. Mudah-mudahan la ingat sampai bila-bila.. Takut nyanyuk sebelum masanya tiba je.. hehh...


Sebenarnya, pokok pisang ni patah batangnya.. Buah pisang setandan tapi kecil lagi, adalah sebesar jari je.. Kalau tak tebang pokok pisang tu, nanti buahnya lesot atau kecut macam tu je.. Tu yang abang aku tebang terus.. Bagi la kat jiran sikit..





Ni cara nak kopek kulit pisang muda tu.. Aku tak kopek semua.. Aku kopek selang seli.. Bak kato oghang noghoghi; klenset an kulit ehh.. Maksudnya siatkan kulit dia.. Lepas tu belah dua pisang tadi..




Kemudian, aku rendamkan sekejap dalam air garam.. Tujuannya, nak hilangkan getah pisang tu..





Ini santan yang diperah daripada satu setengah biji kelapa...





Lepas tu, lalukan kulit pisang tadi bawah air paip dan masukkan ke dalam periuk.. Sambil-sambil tu selawat la sikit, kan.. hehh.. Masukkan juga asam keping dan cili api yang dikisar bersama kunyit hidup.. Takde kunyit hidup, boleh je masukkan kunyit serbuk.. Tara hal punya laa.. ahaha... Aku masukkan juga sikit kulit pisang yang disiat tu sebab aku lebih suka makan kulit pisang ni jika kena gaya masakannya.. hehe..





Kemudian, kecutkan dulu pisang muda tadi dengan sedikit air.. Jika air kisar cili padi tu dah banyak, tak perlu letak air lagi.. Kacau-kacau dan kecutkan sehingga kulit pisang tu bertukar warna..





Lepas tu masukkan santan dan ikan tongkol...





Dan masaklah macam biasa.. Pastikan kacau kuah tu selalu supaya santan tak pecah minyak.. Kacau hati-hati supaya ikan tak hancur.. (incase guna ikan lain selain dari tongkol..). Biarkan mendidih dan bila pisang dah agak lembut, letakkan garam.. Kacau sedikit dan terus matikan api dapur..





Beginilah hasilnya masak lemak cili padi ikan tongkol bersama pisang muda hasil airtangan aku.. Alhamdulillah... :)





p/s: Sebenarnya, aku nak masak pisang muda ni dengan ikan siakap tapi tersalah keluarkan ikan dari freezer.. Lagipun, ikan siakap tu besar, macam tak seronok pulak nak gulai sebab kat rumah ni aku dengan abang aku je yang makan.. Tunggulah bila ada adik beradik lain yang balik, barulah aku gulai ikan siakap tu.. Bak kata pepatah lama; Hati gajah sama dilapah.. Hati kuman sama dicecah..

1 comment:

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^