Pages

Saturday, April 23, 2016

DIY: Buat sendiri sangkar kucing.

Assalamu'alaikum.

DIY: Buat sendiri sangkar kucing.


Zaman serba meleset ni, eloklah kita kerahkan otak kita untuk lebih berfikir ke arah yang menjimatkan. Jika boleh, serba serbi nak jimat tapi tu la, kadang-kadang tak terjimat jugak. Ada aje yang tersasar dari bajet. Heh.


Disebabkan nak berjimat inilah, aku reda je lengan dan jari aku luka dan calar balar demi untuk menyiapkan sangkar kucing yang aku buat dari rak pinggan terpakai ni.




Mula-mula tu aku gunakan dawai mata punai yang terpakai je. Tapi lepas tu rasa macam tak cukup je dawai tu. Maka, aku putuskan untuk beli dua meter dawai mata punai yang baru. Semeter harganya adalah RM6. Dawai mata punai yang lama tu aku tetap gunakan jugak. Lepas tu aku beli pulak cable ties empat bungkus. Dua bungkus cable ties saiz kecil dan dua bungkus lagi cable ties saiz besar. Setiap sebungkus ada dalam 100 pieces cable ties tu. 




Dan aku beli juga lima batang kayu penyapu untuk dijadikan sebagai tiang bagi mengukuhkan lagi sangkar kucing aku tu. Semuanya aku ikat dengan cable ties je. Sebatang pakupun aku tak gunakan. Sebatang kayu penyapu tu harga dia RM2.



Ini rupa sangkar yang dah siap. Dah macam tarzan dah si bulus tu. Hehe.


Lepas tu, aku tambah lagi satu tingkat dan aku buatkan tangga untuk naik ke atas tingkat tu. Tingkat tu aku just gunakan tingkat dari peti ais yang dah rosak. Aku gantikan jugak kayu kat bahagian pintu tu dengan kayu lapik katil bujang. Katil tu dah rosak tapi kayu alas katil tu aku simpan. Setiap bahagian yang ada ruang besar, semuanya aku tutup samada dengan dawai mata punai ataupun dengan jaring yang tebal. Kalau tak tutup semua tu, confirm budak-budak bulus tu terlepas keluar.




Lepas dah siap sangkar ni, akupun masukkan la budak-budak bulus ni. Punya la bising mulut dorang sebab kali pertama kena kurung. Malam pertama tu aku susah nak tidur sebab dorang bising. Ibu-ibu dorangpun bising jugak sebab aku tak masukkan ibu dorang dalam sangkar tu. Apabila tiba masa nak menyusu je aku masukkan ibu dorang sekali dalam sangkar tu. Tak pun aku keluarkan budak-budak bulus tu menyusu kat luar sangkar.

















Sekarang ni aku tak kurung dah budak-budak bulus ni dalam sangkar. Lagipun dorang dah besar dan sudah pandai membuang kat dalam tempat berisi pasir tu. Sangkar tu aku biarkan kosong tapi masih lagi kekal di beranda. Sekejap je pun guna sangkar tu. Haha.




Budak-budak bulus ni bukannya tau mana satu ibu dorang. Ibu dorangpun bukannya tau mana satu anak dorang. Masing-masing pakat menyusu je. Yang si ibu pulak pakat bagi je susu dorang. Ahahaha.




Tengok ni. Tiga belas ekor budak bulus menyusu kat dua ekor ibu. Sepatutnya ibu tu tiga ekor. Masing-masing berebut-rebut mengopek. Sabar aje la. Hehe.







Sangkar kucing tu bila-bila masa boleh digunakan. Nanti kalau ada lagi kucing yang beranak, boleh la aku letakkan dorang kat dalam sangkar tu. Ingat nak cat sangkar tu biar nampak cantik sikit tapi malas la pulak. Bajet takde maa.. Heh.


p/s: Tolonglah klik iklan Nuffnang tu. Boleh jugak aku kumpul sikit-sikit buat beli cat. Haha.

3 comments:

  1. eh kreatifnya..boleh tnjukkan lbh detail x cmna nak buat jd cmtu...teringin nak buat...serius nak tahu ni...

    ReplyDelete
  2. Husna Rahman:

    Alahai, akak tak ambil pulak gambar masa mula-mula buat tu. Lagipun teruja sangat nak siapkan cepat, lepas tu jari jemari dah luka-luka dan calar balar, tu yang malas nak pegang enpon ambil gambar.

    Maaf banyak-banyak ya.

    Rasanya kalau tengok betul-betul gambar sangkar tu, Husna boleh buat sendiri kot. Cuba la ya.

    ReplyDelete
  3. bagus artikel ni, memang nak cari sangkar kucing

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^