Assalamu'alaikum.
Beranak dalam kawah?
Masa kat dapur, aku terdengar suara nyaring berbunyi dari dalam stor. Bunyi apakah? Jeng ! Jeng! Jeng! Hahaha. Kasi suspen sikit maaa..
Okay, ini stor rumah aku. Kalau dah namanya stor, haruslah rupanya tak semenggah mana. Heh.
Dan ini pula suspek yang aku dengar suaranya tadi. Senang lenang nampak! Adeh!
Ini adalah si Bebel. Entah bila dia beranakpun, aku tak tau la. Tapi hari tu aku ada nampak dia panjat kat atas stor tu. Masa tu dia tak beranak lagi. Dengan perut yang memboyot tu pun dia boleh panjat tempat tinggi lagi. Cayalah Bebel! Haha.
Pandai pulak tu dia cari tempat nak beranak. Siap pilih kawah yang ada lapik kain lagi kat dalam tu. Hehe.
Kali ni Bebel beranakkan lima ekor anak dia. Sebelum ni Bebel pernah beranak sampai sembilan ekor untuk satu kali beranak! Pengsan mak jemah menengoknya tapi semua anak dia tak panjang umur.
Bertambah lagi kucing kat rumah aku ni. Tapi takpe. Sangkar besar dah ada. Apartment empat tingkat lagi tu. Haha. Jadinya, aku takde la nak risau sangat. Nanti letak je dorang semua tu kat situ. Boleh la join dengan geng yang dah besar sikit ni haa.. Hehe.
p/s: Hari tu sepuluh ekor kucing aku mati gara-gara virus apa entah. Tak lama lepas tu, si Olen beranakkan lima ekor anak dan sekarang si Bebel pulak beranakkan lima ekor anak jugak. Dah dapat balik sepuluh ekor yang mati tu walaupun tak sama. Ni la namanya patah tumbuh, hilang berganti.
No comments:
Post a Comment
Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..
^__ahak__^